Selasa, 18 Mei 2010


KONSEP KESIHATAN


Pada asalnya, konsep 'kesihatan' bermakna dalam keadaan sihat dan selamat, bebas daripada kecederaan, kecacatan dan penyakit.Kini konsep kesihatan mencakupi aspek yang lebih luas. Pada tahun 1948, dalam Persidangan Kesihatan Sedunia kali pertama anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesemua 54 orang wakil negara sebulat suara menerima usul bahawa 'kesihatan' bermakna sihat daripada aspek fizikal, mental dan sosial, dan bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan sahaja. Mengikut definisi ini, ketiga-tiga komponen mental, fizikal dan sosial adalah bersepadu dan saling betindak antara satu sama lain. Sebarang perubahan (baik atau buruk) yang berlaku pada salah satu komponon itu tentu akan menganggu dua komponen lain.Ekoran daripada definisi tersebut, kini terdapat dua lagi komponen yang dikenalpasti penting dalam kesihatan, iaitu komponen emosi dan rohani.Hoyman (1962) menakrifkan 'kesihatan' sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar).


KESIHATAN FIZIKAL DAN KEBERSIHAN DIRI


Badan manusia terdiri daripada reseptor seperti mata, hidung, kulit, telinga dan perseptor seperti otak. Kefahaman tentang cara mekanisme itu berfungsi membolehkan kita menjaga kesihatan reseptor dan perseptor ini.Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air kencing.Kesihatan fizilkal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi. Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta menentang serangan patogen untuk menghindarkan diri daripada penyakit.Selain makanan, kita haruslah menjaga kebersihan diri demi kesihatan fizikal dengan mencuci dan memandikan badan setiap hari serta memakai pakaian yang bersih. Kesihatan fizikal dapat dicapai juga melalui senaman harian, sukan atau permainan.

KECERDASAN FIZIKAL


Kecerdasan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu, dia juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan. Definisi ini perlu mengambil kira kecerdasan fizikal untuk kesihatan serta kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan. Kecerdasan fizikal untuk kesihatan bertujuan mengurangkan risiko menghidap penyakit. Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Untuk itu, seseorang atlit atau pemain perlu memiliki kecergasan fizikal dalam kesihatan. Terdapat lima komponen yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh.Daya tahan kardiovaskular merujuk kepada keupayaan jantung dan salur darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa aktiviti fizikal dijalankan.Kekuatan otot merujuk kepada kebolehan otot mengatasi rintangan semasa aktiviti fizikal, iaitu apabila otot menjadi kuat aktiviti fizikal itu menjadi ringan dan tidak cepat mendatangkan keletihan. Daya tahan otot merujuk kepada kebolehan otot menghasilkan daya berulang-ulang dalam suatu tempoh masa. Kelenturan bermakna keupayaan sendi anggota untuk bergerak dengan lancar tanpa berasa sakit dan lesu. Komposisi tubuh merujuk kepada peratusan lemak nisbah kepada peratusan otot dalam badan. Seseorang boleh dianggap cergas jika badannya mempunyai lebih banyak tulang berbanding dengan kandungan lemaknya. Seseorang yang sudah mencapai kecergasan fizikal dapat mengatasi cabaran aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, manakala seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang lemah akan berasa letih sesudah melakukan aktiviti fizikal. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik dapat meningkatkan kecekapan sistem respirasi dan sistem kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah kekuatan otot. Individu seumpama ini boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.Kecergasan fizikal berbeza dari individu ke individu lain dan bergantung kepada faktor sepert jantina, umur dan berat badan.Kecergasan fizikal sesorang boleh diukur dengan menggunakan pengukuran aerobik cooper. Mengikut Dr. Kenneth H. Cooper, kuasa aerobik merujuk kepada kebolehan seseorang melakukan aktiviti lebih daripada tiga minit secara berterusan tanpa mudah berasa letih. Kuasa aerobik juga menunjukkan kemampuan sistem kardiovaskular, sistem respirasi dan otot untuk menanggung beban tambahan akibat daripada aktiviti fizikal ini. Semasa aktiviti fizikal dijalankan banyak asid lakfik akan terkumpul. Asid lakfik menyebabkan otot dan badan berasa letih. Walau bagaimanapun, keletihan ini dapt diatasi dengan meningkatkan kecekapan jantung, peredaran darah dan sistem respirasi.


Pengukuran aerobik Cooper mengukur pengambilan oksigen yang maksimum oleh seseorang selepas melakukan sesuatu aktiviti fizikal secara berterusan selama lebih daripada tiga minit. Sistem ini mengukur jarak yang dilaui oleh seseorang itu dalam masa 12 minit. Jarak ini kemudian dirujuk kepada satu jadual kecergasan fizikal piawai seperti di bawah : Semua orang haruslah bersenam kerana senaman merangkumi semua bentuk kecergasan fizikal. Senaman sederhana boleh meningkatkan kadar denyutan jantung, pengudaraan paru-paru, peredaran darah, dan metabolisme lemak untuk mengelakkan kegendutan dan akhirnya melicinkan proses perkumuhan seperti perpeluhan dan pembuangan air kencing.

KEPENTINGAN KECERGASAN FIZIKAL


Orang yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi bukan sahaja mempunyai badan yang sihat, malah sanggup menerima cabaran fizikal dalam aktiviti harian. Sebaliknya orang yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah adalah tidak tabah dan tidak berani menerima cabaran fizikal kerana cepat berasa letih dan kehilangan tumpuan. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal tidak mempunyai banyak lemak dalam badan, iaitu tidak gendut. Dengan demikian, dia tidak mudah menghidap penyakit seperti tekanan darah tingi dan penyakit kardiovaskular.Dalam sukan atau permainan, seseorang yang cergas berpotensi untuk mencapai prestasi yang baik dan tidak mudah tercedera. Dengan adanya kecergasan fizikal, seseorang lebih mudah mencapai pertumbuhan yang sihat bukan sanaja dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental, emosi, rohani, dan sosial.


KEBERSIHAN DIRI


Salah satu aspek untuk menjamin kebersihan diri ialah melalui penjagaan dan pemeliharaan organ deria seperti mata, telinga, mulut, dan kulit. Organ deria ini bertindak sebagai reseptor yang mengesan sebarang rangsangan dari persekitaran supaya otot dan kelenjar tertentu yang berfungsi sebagai efektor dapat bertindak terhadap rangsangan itu. Sekiranya terdapat kecederaan pada organ deria tersebut, kehidupan kita akan terganggu. Oleh itu, organ deria memerlukan penjagaan dan pemeliharaan agar kesemuanya dapat berfungsi dengan sempurna.

Penjagaan & Pemeliharaan MataJalankan senaman mata setiap hari dengan menggerakkan bola mata ke atas, ke bawah, ke kanan, dan ke kiri bagi memastikan mata kita sentiasa segar dan cergas. Mata mempunyai cara pembersihan semula jadi. Pergerakan kelopak mata dan air mata dapat membantu membersihkan mata. Walau bagaimanapun, habuk dan bendasing yang termasuk ke dalam mata perlu dibersihkan dengan air tetapi elakkan daripada menggosok mata dengan tangan atau tuala yang tidak bersih. Makan makanan yang berkhasiat khususnya makanan yang kaya dengan vitamin A untuk mensintesis pigmen penglihatan. Semasa membaca, pastikan cahaya adalah cukup terang . Cahaya yang tidak cukup terang boleh menyebabkan kekangan mata. Pastikan juga jarak mata adalah di antara 30-35 sm dari bahan bacaan. Elakkan daripada memandang matahari secara terus. Elakkan juga daripada bermain dengan alat tajam yang mungkin boleh mencederakan mata. Dapatkan pemeriksaan atau rawatam dari pakar mata apabila mata tercedera, menghidap penyakit penglihatan yang kabur. Pastikan tidur yang cukup supaya mata tidak berada dalam keadaan tegang.


KONJUNKTIVITIS


Inflamasi atau radang pada konjunktiva yang disebabkan oleh virus atau bakteria. Konjunktiva kelihatan bengkak, kemerah-merahan dan berair. Pesakit akan berasa mataya gatal, pedih, dan kadangkala sakit serta mengeluarkan nanah yang banyak sehingga kelopak mata terlekat. Pendedahan kepada cahaya akan menambahkan lagi rasa yang tidak selesa. Konjunktivis juga dikenali sebagai 'mata merah' . Penyakit konjunktivis mudah berjangkit. Pesakit seharusnya tidak berkongsi tuala, bantal dan pakaian dengan orang lain. Tiada vaksin untuk mencegah penyakit ini. Hanya ubat mata yang digunakan bagi mengawal penyakit ini daripada menjadi buruk. Penyakit ini jika tidak dirawat akan mengambil masa selama sepuluh hinga empat belas hari untuk sembuh.Ubat mata yang mengandungi sulfa atau antibiotik boleh digunakan untuk beberapa kali sehari. GLAUKOMAPenyakit mata yang disebabkan oleh tekanan bendalir (khususnya dalam gelemair) yang semakin bertambah hingga melebihi tekanan normal. Dalam keadaan normal, bendalir jernih dihasilkan di bahagian gelemair secara berterusan. Bendalir ini juga mengalir keluar secepat ia dihasilkan. Akan tetapi, bagi pesakit yang menghidap penyakit glaukoma, aliran bendalir tersekat dan ini mengakibatkan tekanan di dalam mata meningkat. Pesakit biasanya berasa sakit pada mata dan mungkin juga kepalanya. Mata mudah berair dan menjadi merah pada bahagian mata putih, anak mata membesar dan kelopak mata membengkak. Penglihatan menjadi semakin berkurangan. Pesakit juga akan melihat 'lingkaran cahaya' di sekitar lampu bercahaya. Jika tidak dirawat dengan segera, bahagian dalam mata akan menjadi rosak untuk selama-lamanya dan akhirnya pesakit akan kehilangan penglihatan.Kira-kira 2% individu yang berumur lebih daripada 40 tahun menghadapi risiko menghidap glaukoma. Glaukoma boleh dirawat dengan menggunakan ubat mata atau melalui pambedahan.


KETUMBIT


Ketumbit merupakan jangkitan pada kelenjar minyak mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada pingir kelopak mata. Kelopak mata menjadi merah dan sakit.Ketumbit boleh muncul akibat daripada keperluan untuk menggunakan cermin mata atau keadaan hidup yang kotor. Ia juga berlaku kerana anemia (kekurangan sel darah merah ) atau kencing manis.Ketumbit merupakan penyakit yang ringan. Untuk mengelakkannya amalkan kebersihan fizikal dalam kehidupan seharian .


KATARAK


Katarak berlaku apabila kanta mata yang lutsinar menjadi legap. Keadaan ini mengakibatkan penglihatan menjadi kabur.Katarak biasanya berlaku pada orang yang lanjut usia, khususnya mereka yang meningkat umur lima puluhan.Penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit katarak.Pekerja kilang dan tukang kimpal di industri gelas atau besi yang sering terdedah kepada sinar yang terang atau suhu yang tinggi mudah menghidap katarak.Ubat mata digunakan untuk melegakan kelegapan kanta mata. Rawatan jangka panjang ialah melalui pembedahan.TRAKOMATrakoma ialah penyakit mata yang mudah berjangkit dan disebabkan oleh virus yang menyerang selaput kelopak mata. Ini mengakibatkan bahagian hadapan mata terpaksa ditutup.Gejala-gejala awal termasuklah selaput mata menjadi merah , terasa gatal, kelopak menjadi bengkak, lelehan berair dihasilkan dan mata peka pada cahaya.Dalam keadaan teruk , 'biji-biji kecil' akan muncul pada selaput kelopak mata dan kornea mungkin tercedera yang mengakibatkan mata menjadi buta.Ubat sulfa dan antibiotik digunakan untuk merawat trakoma bagi mengawal keradangan mata.


PENJAGAAN & PEMELIHARAAN TELINGA


Menjaga telinga bukan setakat membersihkan cuping telinga sahaja, bahagian tengah dan dalam juga mesti dijaga supaya bersih.Pembersihan telinga harus dilakukan dengan menggunakan air suam dan kapas. Jangan cungkil telinga dengan benda-benda tajam yang boleh merosakkan gegendang telinga. Elakkan juga daripada menggunakan kuku kerana terdapat banyak patogen pada kuku. Jika telinga dimasuki air, gunakan putik kapas yang bersih.Elakkan daripada menghembus hingus dengan kuat. Ini kerana kedudukan telinga bersambung dengan hidung dan kerongkong. Sebarang hembusan yang kuat boleh memecahkan gegendang telinga. Elakkan daripada mendengar bunyi yang kuat dari jarak yang terlalu dekat.


LABIRINTIS


Berlaku apabila telinga dalam yang berkaitan dengan organ pengimbangan, iaitu salur separuh bulat tersumbat.Kebanyakan penyakit ini disebabkan jangkitan. Gejala penyakit ini termasuklah pening kepala dan telinga terasa berdengung. Dalam kes yang seterusnya, pesakit itu berjalan terhuyung-hayang. Sekiranya terdapat jangkitan, antibiotik perlu diberikan. Lazimnya pemulihan berlaku selepas beberapa hari. Jika tidak dirawat, telinga berkemungkinan menjadi pekak.


OTITISOtitis melibatkan keradangan telinga tengah.Penyakit ini biasanya disebabkan oleh patogen yang tersebar dari hidung atau kerongkong melalui Tiub Eustachio. Lazimnya patogen ini tersebar semasa pesakit mengalami selesema. Jangkitan ini mungkin merebak ke dalam telinga semasa pesakit menghembus hingus. Otitis juga boleh berlku semasa seseorang menghidap campak. Gejala penyakit ini termasuklah penyingkiran lelahan serta nanah, sakit telinga dan kepala, telinga terasa berdengung dan separa pekak atau sepenuhnya. Rawatan oleh doktor adalah penting. Doktor akan membuat lubang pada gegendang telinga pesakit supaya gegendang itu tidak pecah dengan sendirinya dan ini akan memudahkan rawatan seterusnya.


MASTOIDIS


Mastoidis adalah keradangan pada lapisan sel dalam tulang mastoid di belakang telinga.Kebanyakan mastoidis disebabkan oleh keradangan yang merebak dari telinga tengah yang terkena jangkitan.Bahagian belakang telinga menjadi merah dan bengkak. Bahagian ini akan berjangkit dan kepala berasa sakit.Dengan menggunakan sulfa atau antibiotik, penyakit pada peringkat awal akan sembuh. Jika tidak, pembedahan perlu dilakukan.BISULPenyakit bisul biasanya terdapat pada salur telinga dan saiznya tidak besar.Jangkitan ini disebabkan oleh jari tangan, pin rambut, mancis, dan benda lain yang digunakan untuk menggaruk salur telinga atau membuang tahi telinga.Pada mulanya telinga terasa gatal, kemudian pedih dan sakit. Pekak akan terjadi sekiranya bisul bertambah besar sehingga menutup salur telinga. Walau bagaimanapun keadaan pekak ini adalah untuk sementara waktu sahaja.


KUDIS BUTA


Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan , permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat. Pesakit itu akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain.Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang mengidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.


JERAWAT


Lebih dianggap sebagai satu ciri keremajaan kerana biasanya bermula pada usia remaja. Lazimnya bahagian muka yang terjejas. Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan. Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon. Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak. Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial. Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor. Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun.Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C. kurangkan pengambilan lemak.KURAPPenyakit kulit yang disebabkan oleh kulat. Kurap terdiri daripada kurap dagu, kurap kuku, kurap kuli kepala dan kurap tubuh. Kurap dagu bermula dengan keradangan pada akar atau folikel janggut.Kurap kuku menyebabkan kuku menjadi tebal, rapuh, pecah, putih, dan sering kali kasar. Kurap kulit kepala mula-mula kelihatan sebagai tompok bulat, bewarna merah, bersisik serta lepuh.Kurap tubuh disebabkan oleh jangkitan pada kulit, muka,leher, badan, lengan dan kaki. Kurap ini dicirikan oleh tompok-tompok merah, biasanya seperti sisik.Pada keseluruhannya,penyakit kurap tidak merbahaya tetapi ia hanya mendatangkan ketidakselesaan sahaja.Larutan atau krim antikulat yang disapu pada bahagian kulit adalah memadai untuk merawat kurap. Seseorang yang dijangkiti kulat hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri supaya ia tidak dijangkiti kepada orang lain. Elakkan daripada menggunakan pisau pencukur, alatan mandian dan tuala pesakit. Alat berkenaan hendaklah direndam di dalam air didih untuk membunuh kuman.


PANAU


Ia disebabkan oleh kulat. Simptomnya ialah tompok-tompok bewarna cerah berbanding dengan kulit yang sihat.Penyakit ini boleh memberi kesan gatal kecuali apabila berpeluh.Ia boleh berjangkit melalui sentuhan. Jika tidak dirawat, saiz tompok boleh bertambah besar dan kulit akan kelihatan hodoh. Pastikan kulit tidak terdedah kepada cahaya yang terlalu kuat kerana keadaan ini akan menyebabkan kulit terbakar. Penyakit ini boleh dicegah dengan mengering dan menyapu ubat antikulat.


LEPUH -LEPUH


Disebut juga sebagai pemfigus iaitu sejenis penyakit kulit yang serius teapi jarang dijumpai. Ia merupakan penyakit autoimun. Penyakit ini mengakibatkan perubahan serius dalam struktur kulit.Penyakit ini boleh membawa maut terutama apabila selaput mulut pesakit begitu terjejas sehingga pesakit tidak dapat makan. Dalam rawatan moden, ubat yang digunakan biasanya membawa kesan sampingan.


PSORIASIS


Penyakit kulit yang serius, kronik dan boleh berulang.Bahagian yang dijangkiti mengeluarkan sisik bewarna keperak-perakan. Bahagian yang biasanya terjejas ialah kulit siku tangan, lutut, belakang punggung dan kulit kepala. Ia disebabkan oleh faktor keturunan. Tiada cara yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Pakar klit hanya mengesyorkan ubat seperti antimetabolit atau kertikosteroid, tetapi ianya boleh mendatangkan kesan sampingan.


EKZEMA


Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi.Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema. Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit merekah.Ekzema tidak boleh diubati. Rawatan cuma untuk melegakan rasa ketidakselesan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder.


FOLIKUTIS


Folikutis disebabkan oleh serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Penyakit ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut.Gejala penyait ini biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap akan berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut. Untuk merawat penyakit ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu.Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, folikulitis akar menjadi kronik dan berlanjut untuk bertahun-tahun.


IMPETIGO


Penyakit berjangkit yang menyerang kulit muka. Lazimnya ia berlaku kepada kanak-kanak.Penyakit bermula sebagai bintik kecil merah, diikuti lepuh kecil, kemudian berubah menjadi pustul. Impetigo mendatangkan rasa gatal yang teruk, tetapi tidak membawa rasa sakit.Penyakit sukar diubati dan mudah berjangkit.


INGAT!! BERHATI-HATI KETIKA BERSALAMAN… ANDA MUNGKIN MENJADI PENGIDAP EKZEMA ATAU KUDIS BUTA ! SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.


PENJAGAAN & PEMELIHARAAN MULUT


Setiap kali selepas makan mulut haruslah dikumur dan gigi diberus supaya sisa makanan tidak melekat di celah gigi.Seboleh-bolehnya beruslah gigi lepas makan. Gunakan ubat gigi berflaurida. Gunakan fros gigi jika terdapat sisa-sisa makanan di celah gigi.Jika gigi tidak diberus, karies dan plak munkin terbentuk serta nafas berbau busuk.Kurangkan pengambilan makanan yang manis. Sebaliknya, makanlah makanan yang kaya dengan garam mineral, kalsium dan fosforus. Berjumpa dengan doktor gigi sekerap yang boleh bagi mengesan sebarang kerosakan gigi.




ULSER MULUT


Keadaan di mana terdapat vesikel di bahagian dalam kulit mulut. Ia terbentuk apabila seserang mengalami tekanan perasaan atau lapisan dinding mulut terluka. Apabila lapisan sel epitelium terhakis dan terdedah akibat tekanan perasaan atau trauma , jangkitan virus atau bakteria akan berlaku. Ini menyebabkan ulser terbentuk. Biasanya ulser akan sembuh selepas beberapa hari. Akan tetapi ulser boleh dirawat dengan menyapu krim ulser tau berkumur dengan pencuci mulut.


GINGIVITIS


Radang gusi berpunca daripada kotoran yang terkumpul pada permukaaan gigi, sisa-sisa makanan tertimbun pada celah-celah gigi yang kurang bersih. Ia juga disebabkan kekurangan vitamin B dan C.Gingivitis menyebabkan gigi bewarna merah, bengkak dan berdarah.Jika dibiarkan, gingivitis akan merebak dan menyebabkan penyakit periodontitis.


PERIODONTITIS


Penyakit gigi yang berkaitan dengan gingivitis.Penyakit melibatkan keradangan pada tisu-tisu yang menyokong dan mengukuhkan akar gigi. Akar gigi dikelilingi oleh tisu yang kuat yang mengikat gigi dengan tulang rahang. Disebabkan oleh periodontitis , tulang di sekitarnya akan rosak dan lama kelamaan gigi berkenaan akan tertanggal. Dalam kes yang teruk, doktor gigi mungkin akan membuang sebahagian tisu yang telah rosak dan membelat gigi yang kehilangan tulang penyokongnya. Tanda-tanda awal penyakit ini termasuklah gusi menjadi lembut, merah dan berdarah.

CARA HIDUP YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN


Beberapa faktor dalam kehidupan manusia boleh mempengaruhi kesihatan diri seperti pekerjaan, kegiatan sosial, gizi makanan dan alam sekitar. Cara hidup pada zaman dahulu jauh berbeza daripada zaman teknologi moden. Manusia terpaksa bekerja dengan tangan tanpa bantuan mesin yang canggih. Kerja harian yang melibatkan aktiviti sosial sebenarnya membantu manusia membentuk kecergasan fizikal dan kesihatan badan.Keadan kurang aktiviti fizikal sebenarnya berkecenderungan menimbulkan penyakit kaediovaskular dan tekanan darah tinggi. Penyakit kardiovaskular adalah penyakit yang berkaitan dengan sistem perederan darah, tekanan darah dan jantung.Pengambilan gizi yang tidak seimbang boleh menyebabkan penyakit ini berlaku pada pesakit. Tabiat suka makan makanan yang digoreng yang lazimnya mengandungi kolestrol ialah salah satu faktor utama berlakunya gejala penyakit ini. Pengambilan gula yag keterlaluan juga boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular di samping penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kegendutan dan penyakit kencing manis. Kegiatan sosial yang sentiasa melibatkan jamuan secara besar-besaran juga merupakan salah aktiviti yang kurang sihat. Permainan atau sukan yang melibatkan penyertaan orang ramai seperti badminton, tenis dan bola sepak boleh mendatangkan perasaan gembira, menyihatkan badan dan mendatangkan semangat kerjasama. Keadaan keluarga memainkan peranan penting untuk memupuk tabiat yang sihat, khususnya dalam diri individu dan masyarakat amnya. Keluarga yang mesra dan harmoni, serta sentiasa mengamalkan sikap sayang menyayangi dapat mendorong membentuk individu dan masyarakt yang sihat bukan sahaja dari segi sosial bahkan juga mental dan fizikal.Alam sekitar yang tercemar juga mempengaruhi kesihatan seseorag. Kesihatan seseorang akan terancam apabila dia tinggal atau bekerja di tempat yang banyak pencemar seperti debu, asap, kabut, karbon manoksida, sulfur dioksida, oksida nite.

Tiada ulasan: