TIPs Exam Final


Tips persediaan sebelum peperiksaan


tips persediaan menghadapi peperiksaan

Credit picture: ILuvIslam.com

  1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti alatulis, kad pengenalan dan kad matrik telah disediakan. Simpan kesemua peralatan tersebut dalam satu beg yang mudah dibawa, senang diambil dan mudah diingati. (toyol tak main noo..)
  2. Selepas solat maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dengan bacaan Yassin. Jangan lupa untuk berdoa dan memohon agar Allah memberikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dengan sempurna.
  3. Pastikan tidur yang mencukupi. Tidur yang dan rehat yang cukup akan menenangkan fikiran, seterusnya menyegarkan badan anda semasa menghadapi peperiksaan.
  4. Jangan membuat ulangkaji di saat-saat akhir kerana perbuatan tersebut hanya menambah stress kepada kamu. Ingat! Pelatih yang cemerlang sentiasa bersedia lebih awal sebelum menghadapi peperiksaan.
  5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke kolej, bangunlah lebih awal dan solat subuh berjemaah. Mohon restu dari kedua ibu-bapa (telefon kalau berjauhan) agar tenang menjawab soalan.
  6. Langkah keluar bilik asrama dengan kaki kanan sambil membaca doa tertentu untuk selamat sampai ke kolej dan diberi kekuatan menjawab soalan dengan cemerlang.

DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN
doa sebelum masuk dewan peperiksaan
(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)
 

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu.
………………………………………………………….

DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN
doa sewaktu lupa
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali


Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa.
…………………………………………………………..


DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)
doa memohon kejayaan
(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadha wa manaazilasy syuhada wa ‘ai syas su ‘a da’ wan nasra alaal a’daa’)


Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
Semoga bermanfaat kepada semua!


Sebagai Pemangkin studi.,


TIPS   Prosedur Perundangan




1.
a)
Tujuan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004?

b)
Larangan penggunaan perkataan-perkataan seperti  "light," "low,"  "mild,"  “special,” dicetak di atas kotak rokok?                                       

c)
Tafsiran-tafsiran berikut yang terdapat di dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
i.      merokok
ii.     hasil tembakau
  
2.
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) diwartakan dan dikuatkuasakan di kawasan bandar pada tahun 1975 dan diperluaskan di seluruh Malaysia mulai 1982

a)
Perlwakilan kuasa di bawah seksyen 3, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

b)
Hukuman yang boleh dikenakan sekiranya seseorang pegawai diberi kuasa dihalang dari menjalankan tugas di bawah Akta ini.

c)
Sekiranya perintah yang dikeluarkan di bawah Akta ini tidak dipatuhi, tindakan yang boleh diambil di bawah Akta ini.
  
3.
Peraturan Standard Minimum Perumahaan dan Kemudahan Pekerja (Pusat Asuhan Kanak-kanak)1990 mula dikuatkuasakan di Malaysia pada 1hb Disember 1990. Kehendak-kehendak di bawah peraturan ini bagi aspek-aspek berikut;

a)
Keperluan ruang lantai minimum

b)
Kemudahan sanitari

c)
Pengasuh

4.
Akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 dan peraturan-peraturanya adalah perundangan yang dikuatkuasakan di Malaysia bagi tujuan mencegah dan mengawal kejadian penyakit berjangkit.

a)
Perkara yang perlu kelulusan pegawai ketua Pengarah untuk tujuan pengimpotan dan pengeksportan   

b)
Kuasa pegawai diberikuasa di bawah Akta ini.

c)
Tindakan yang melanggari Akta ini.

5.
a)
Syarat kebersihan diri pengendali makanan yang ditetapkan di bawah peraturan 33, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

b)
Peruntukkan untuk pengangkutan maknan dengan kenderaan di bawah peraturan 56, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

c)
Keperluan penyimpanan makanan di bawah peraturan 38, Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

6.
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004,

a)
Maklumat yang perlu dicetak di atas kotak rokok
b)
Parameter-parameter yang dikawal

c)
Tanggungjawab pemunya premis
  
7.
a)
Makanan yang memerlukan Waranti di bawah peraturan 3, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

b)
Prosedur mengambil sampel bagi analisis mikrobiologi, fizikal dan kimia mengikut peraturan

c)
Jelaskan tafsiran berikut;
i.              Kondisioner makanan. (Peraturan 25)
ii.            Bahan pengawet (Peraturan 20)
iii.           Aditif Makanan (Per.19)
iv.           Bahan Pewarna (Per.21)

d)
Label bagi sampel makanan
·         Salinan label
·         Kaedah bahagian label

e)
Kehendak am menegenai perlabelan makanan
·         Bahasa dan butir dalam perlabelan
8.
Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Swasta 1998: adalah merupakan salah satu daripada perundangan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

a)
Tujuan penguatkuasaan Akta tersebut.

b)
Kuasa seorang Inspektor yang dilantik di bawah Akta ini.

c)
Aspek diberi perhatian semasa pemeriksaan premis di bawah Akta ini.
 
9.
Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyediakan satu prasarana yang digunakan untuk mengawal premis-premis makanan di seluruh Malaysia.

a)
Objektif Peraturan Kebersihan Makanan 2009

b)
Kewajipan pemilik premis makanan di bawah Peraturan tersebut

c)
Keperluan bagi mesin jual minuman di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
 
10.
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) diwartakan dan dikuatkuasakan di kawasan bandar pada tahun 1975 dan diperluaskan di seluruh Malaysia mulai 1982

a)
Jelaskan perlwakilan kuasa di bawah seksyen 3, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

b)
Hukuman yang boleh dikenakan sekiranya seseorang pegawai diberi kuasa dihalang dari menjalankan tugas di bawah Akta ini.

c)
Sekiranya perintah yang dikeluarkan di bawah Akta ini tidak dipatuhi, tindakan yang boleh diambil di bawah Akta ini.


3 ulasan:

jenery berkata...

tok sem 4 takde ke sir..leh gak start study dr skrang jadi rujukan":)
from jenery
alhambali

Tanpa Nama berkata...

jawapan xde ke encik ?

Tanpa Nama berkata...

sem 5 punya takde ke encik?