Home





  Foto Penulis



Kata kata pesanan berbentuk nasihat adalah mesej terbaik untuk sebagai motivasi atau peransang kepada seseorang yang meminta nasihat ataupun seseorang yang patut kita nasihati nya. Ungkapan kata-kata nasihat selalunya diselitkan ciri-ciri motivasi untuk memberi semangat sebagai dorongan kepada seseorang supaya dapat berubah kepada tahap yang lebih baik .

Insya Allah, Kata kata nasihat yang berbentuk pemberi semangat atau dengan kata lainnya kata kata motivasi sama ada yang terbaru dan terkini atau kata-kata nasihat dari sumber terdahulu selalu kita guna pakai dalam kehidupan kita hari hari . Di bawah ini ada disertakan beberapa kata -kata nasehat yang namakan himpunan kata kata nasihat atau koleksi kata-kata nasihat .

Reaksi emosi jangan dituruti sangat kerana implikasi nya tidak seperti yang diimaginasikan.Hidup tak boleh berpandukan perasaan hati, kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu yang terbaik berlandaskan kenyataan. Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana manusia dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak di buat kayu api. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Dunia ini umpama lautan yang luas terbentang.Kita adalah kapal yang belayar di lautan dan telah ramai kapal karam didalamnya.Seandai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Kita selalunya sering mengimbas kembali kenangan lama akan tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Kekecewaan mengajar kita akan erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam kehidupan ini.

 ..Wallahu a’lam



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEKITAR 2006 - 2008
KEDIAMAN DI RAWANG






 KELUARGAKU SEKITAR 2013 - 2017


Salam Aidil Adha 2015


   
                            Hening di Kampung Ku                        MEMORI bersama AYAHANDA
                           pagi AIDIL ADHA 2016




Kenangan di Bandung, Indonesia 2019



                                                             Anak-anak Bulus sejak Mei 2014

___________________________________________________________________________

KEDIAMAN DI RAWANG, SELANGOR