Selasa, 13 Julai 2010

SKKB1122 Penyediaan Tapak

PENYEDIAAN TAPAK

DISEDIAKAN OLEH:
Mazlan Bin Mansor



Tujuan penyiasatan tapak dilakukan adalah :

1. Untuk mengenal pasti kesesuaian tapak untuk kerja yang dicadangkan
2. Untuk membolehkan satu rekabentuk yang selamat dan ekonomi
3. Untuk meramal dan mengambil langkah yang sesuai bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul semasa pembinaan
4. Untuk menyiasat sebab perubahan keadaan sama ada secara semula jadi atau disebabkan oleh perkara lain

Penyiasatan tapak juga untuk menentukan keupayaan galas tanah,kestabilan cerun, tekanan tanah terhadap struktur penyokong dan kesannya terhadap bahan kimia (bahan binaan)
Jika penyiasatan tapak tidak dilakukan, akibatnya:

1. Projek pembinaan akan menemui kegagalan atau tidak dapat disiapkan atau terpaksa dirobohkan
2. Tempoh pembinaan dan kos akan bertambah


PENGENALAN

• Ialah lubang yang dikorek untuk tujuan penyiasatan tapak binaan.
• Kedalaman lubang jara bergantung kepada keadaan jenis-jenis tanah, jenis-jenis ujian tanah dan kaedah -kaedahpenjaraan serta jenis struktur yang akan ditanggungnya.

Lubang Jara (Bored Holes)
o Digunakan untuk mengorek lubang jara sedalam 5m dengan bantuan satu set rod tambahan.
o Untuk tebing yang tidak perlu sokongan dan tanah bersaiz kecil
o Terdapat dua jenis gerimit tangan iaitu gerimit Iwan dan gerimit heliks


Gerimit Tangan (Hand Auger)

• Φ50mm
• Sesuai untuk tanah jelekit


Gerimit heliks Gerimit Iwan / Gerimit Lubang


• Φ200mm
• Sesuai untuk tanah berbutir dan berketulan


Penjaraan Tukulan
(Hammer / Percussion Boring)


Pelantar penjaraan (percussion rig) terdiri daripada unit kuasa, win, kabel, derik dan berkas di mana unit kuasa dan win membawa kabel keluli yang ringan melalui satu takal di atas derik

• Lubang jara untuk tanah yang keras dikorek dengan menggunakan pahat yang berat atau mata pencincang
• Ia dipasang pada rod penjaraan yang padu, dimana berat rod diperlukan bagi menusuk kedalam tanah
• Kabel yang dihubungkan dengan unit win akan mengangkat dan menjatuhkan rod untuk memecahkan tanah
• Dengan cara ini, batu bundar dan batu tongkol boleh dipecahkan tetapi cara ini adalah lambat
• Penjaraan tukulan adalah sesuai untuk penyiasatan semua jenis tanah


Gerimit Mekanik
(Mechanical Auger)

 

• Digunakan bagi tanah yang lubang jaranya tidak memerlukan penyokong dan sentiasa    kering,terutamanya bagi tanah liat.
• Kuasa yang diperlukan untuk memutarkan gerimit bergantung kepada jenis dan saiz gerimit itu sendiri dan tanah yang akan ditusuk.
• Tekanan ke bawah pada gerimit boleh dikenakan secara hidraulik, mekanik atau beban mati.
• Terdapat 2 jenis alat yang digunakan, iaitu’ Gerimit Larian dan Gerimit Timba


Gerimit Mekanik

a. Gerimit Larian


   Gerimit Larian Pendek
     • Terdiri daripada satu heliks dengan panjang terhad beserta alat pemotong dibawahnya.
     • Gerimit disambung pada batang keluli (bar Kelly), yang melaui kepala rig

   Gerimit Larian Terus
    • Terdiri daripada rodrod dengan satu heliks yang merangkumi keseluruhan panjangnya.
    • Tanah dinaikkan sepanjang heliks ke permukaan tanpa perlu dikeluarkan

b.  Gerimit Timba

    Terdiri daripada suatu silinder keluli, terbuka di bahagian atas tetapi dipasang plet asas 
    yang ada pemotong, bersebelahan dengan lubang alur plat.
    • Diputar dan ditekan ke bawah tanah bagi menyingkirkan tanah.
    • Tanah yang tersingkir ini akan melepasi lubang alur dan memasuki timba, tanah tersingkir oleh pemotong.
    • Dengan melepaskan plat asas yang terengsel, timba yang penuh akan bergerak ke permukaan
      untuk dikosongkan.
    • Lubang korekan gerimit bergaris pusat melebihi 1m boleh digunakan untuk memeriksa strata


Penggerudian Putar
 (Rotary Boring)






• Digunakan untuk pemeriksaan batuan dan tanah.
• Ia dipasang di hujung rangkaian rod-rod penggerudi geronggang yang berbentuk bit pemotong atau
   bit peneras.
• Air atau lumpur gerudi dipam melalui rod geronggang mengalir ke dalam lubanglubang sempit.
• Bendalir penggerudian menyebabkan penggerudian sejuk dan melincir juga bendalir ini ia merupakan
   sokongan kepada tebinglubang sekiranya selongsong tidak digunakan.
• Kebaikannya ialah dapat dilaksanakan lebih cepat dan meminimumkan gangguan terhadap tanah di lubang
   jara.

a. Penggerudian Lubang Terbuka

   • Digunakan untuk mendalamkan lubang di manarod penggerudian boleh dibuang untuk mengambil sampel tiub atau untuk menjalankan ujian di situ.
   • Digunakan untuk tanah dan batuan yang lemah, dan digunakan untuk memecahkan
   • semua bahan yang berada dalam lingkungan garis pusat lubang dengan menggunakan bit

b. Penggerudian Teras
   • Digunakan untuk batuan dan tanah liat keras, dan bit memotong lubang anulus di dalam bahan yang
     mempunyai kandungan air semula jadi yang bertambah akibat sentuhan bendalir penggerudian.
  • Teras bergaris pusat 41mm, 54mm, 76mm dan meningkat sehingga 165mm.



Ujian Penusukan Piawai
(Standard Penetration Test)


 

Kaedah perlaksanaan Ujian Penusukan Piawai,

• Ujian penusukan piawai merupakan ujian dinamik yang digunakan untuk menentukan
• keupayaan galas bagi pasir dan kerikil.
• Satu tiub pemisah sampel (split barrel sampler) berdiameter 50 mm dimasuk ke dalam tanah pada paras
  tapak lubang jara dan kemudian ia diketuk masuk sedalam 450 mm ke dalam tanah dengan menggunakan
  tukul seberat 65 kg dan tinggi jatuhan 0.76m.
• Bilangan hentaman dicatat untuk tusukan sedalam 300mm.
• Bilangan hentaman ini dikenali sebagai nilai N.
• Dengan menggunakan carta Terzaghi dan Peck nilai N yang diperolehi boleh ditukarkan kepada nilai
  tekanan galas yang dibenarkan.


Ujian Penusukan Kun (Cone Penetration Test)


 


• Ujian Penusukan Kun boleh merujuk kepada in ASTM D3441:1986 atau rujukan terkininya ASTM 3441:
  2004).
• Ujian penusukan kon merupakan ujian statik yang digunakan untuk menentukan keupayaan galas dan juga
  enapan.
• Ia terdiri daripada satu proba kun 60° dan ditekan masuk ke dalam tanah oleh jek pada kadar 20 mm/s 
  dan daya yang diperlukan untuk menekan kun (qc) tersebut diukur.
• Geseran ‘sleeve’ memberi satu nilai ukuran lekatan tanah.
• Nilai rintangan total QT diukur bila tip kun dan geseran ‘sleeve’ dimajukan bersama dan nilai rintangan kun
  QC kemudiannya diukur sebagai nilai tip kun sendiri dimajukan.
• Oleh itu, nilai rintangan geseran tepi QS diperolehi seperti berikut :-
     o Ujian Penusukan Kun boleh merujuk kepada in ASTM D3441:1986 atau rujukan terkininya ASTM
        3441: 2004).
     o Ujian penusukan kon merupakan ujian statik yang digunakan untuk menentukan keupayaan galas dan
        juga enapan.
     o Ia terdiri daripada satu proba kun 60° dan ditekan masuk ke dalam tanah oleh jek pada kadar 20 mm/s
        dan daya yang diperlukan untuk menekan kun (qc) tersebut diukur.
    o Geseran ‘sleeve’ memberi satu nilai ukuran lekatan tanah.
    o Nilai rintangan total QT diukur bila tip kun dan geseran ‘sleeve’ dimajukan bersama dan nilai rintangan
       kun QC kemudiannya diukur sebagai nilai tip kun sendiri dimajukan.
    o Oleh itu, nilai rintangan geseran tepi QS diperolehi seperti berikut :-
                                    
                                                                           QS = QT - QC


Ujian Galas Plet (Plate Bearing Test)



• Ujian galas plet adalah untuk menentukan kekuatan beban galas tanah dan juga enapan yang berlaku pada
  tanah .
• Ia adalah lebih sesuai untuk tanah tak jelekit berbanding tanah jelekit kerana tanah jelekit memerlukan masa
   yang lama untuk pengukuhan sepenuhnya.
• Biasanya 2 ujian dilakukan.
• Plet dengan saiz yang berbeza tetapi bentuk yang sama digunakan pada tanah berbutiran supaya enapan
  asas yang dicadangkan boleh diterbitkan daripada hubungan kedua-dua plet.
• Beban dikenakan mengikut tambahan (biasanya 1/5 daripada tekanan galas yang dicadangkan) dan dinaikan sehingga 2 atau 3 kali ganda beban yang dicadangkan.
• Tambahan selanjutnya hanya dibuat apabila enapan tidak dikesan dalam masa 24 jam yang berikutnya.
• Ukuran biasanya diambil kepada 0.01 mm dan apabila tidak terdapat titik kegagalan yang nyata, keupayaan galas muktamat diandaikan sebagai tekanan yang menyebabkan enapan bersamaan dengan 20% daripada lebar plet.


CERAPAN PARAS AIR BUMI

• Ada 2 kumpulan utama dalam membuat cerapan paras air bumi (p.a.b.) ;
     i. mengenalpasti paras air & tekanan air
    ii. bagi tujuan ujian kebolehterlapan (ujian pam)

• Pada kebiasaannya pemerhatian p.a.b. dibuat pada masa pengorekan lubang jara adalah tidakberapa tepat.
  Ianya boleh diambil sebagai panduan sahaja.
• Perbezaan/perubahan cuaca, aliran air, tumbuhan dll mempunyai kesan terhadap kandungan air pada satu-
  satu masa. Oleh itu satu siri bacaan diambil dalam satu jangkamasa tertentu.
• Pemerhatian p.a.b. penting bila melibatkan pengorekan dalam.


Pemerhatian Lubang Jara

• Lubang jara yang dikorek semasa penyiasatan tapak boleh dibiarkan sama ada terbuka atau tertutup
  (bergantung kepada keadaan) boleh digunakan sebagai tempat pemerhatian.
• Paras air didapati dengan menggunakan alat seperti ‘chalked tape’, pita yang dipasang dengan alat
   pelampung atau dengan peralatan bersuis yang bergerak apabila bersentuhan/terkena air.
• Adalah lebih baik jika satu siri pemerhatian jangka panjang dibuat dengan memasukkan tiub-tiub bergaris
   pusat kecil kedalam lubang jara.
• Pada kebiasaannya tiub-tiub pemerhatian dipotong pada ketinggian tertentu dan dipasang dengan penutup
  bagi menghalang daripada dimasuki oleh elemen-elemen yang tidak diingini.
• Bagi tanah kohesif, penstabilan paras air mengambil masa yang agak panjang dan lokasinya didapati
  dengan cara ‘ fill & bail’.
• Bagi lubang jara yang dipenuhi air, airnya akan ditimba keluar. Sekiranya paras air didapati jatuh,banyak
  lagi air akan dikeluarkan.
• Jika ianya naik sedikit, kuantiti air dimasukkan semula.



Kaedah Tentu-luar (Extrapolation Method)

Kaedah dimana paras air diplot melawan masa :

Paras air
                                
      
                        _____________________________________
                                                                                    Masa

• Paras air ditentukan dengan cara/kaedah tentuluar dengan plotan kelok sehingga ianya selari dengan paksi
   masa.

Pencerapan Paras Air Bumi

• Didalam tanah liat dan kelodak, air mengambil masa yang agak lama untuk memenuhi lubang gerek.
• Tatacara biasa digunakan untuk mendapatkan aras air bumi ialah dengan memasukkan tiub hujung terbuka
   kedalam lubang gerek.
• Tiub tersebut biasanya bergaris pusat 50 mm dan berlubang-lubang dibahagian hujungnya.
• Tiub dipadatkan diselkelilingnya dengan batu kelikir dan dikukuhkan pada kedudukannya dengan tanah liat
   kedap.
• Selepas itu lubang gerek ditimbus untuk menghalang air hujan daripada masuk kedalamnya.
• Cerapan air mestilah diambil untuk beberapa waktu (minggu) sehingga keseimbangan tercapai.

Tiada ulasan: