Selasa, 1 Jun 2010

Maksud & Definisi Tingkah laku

Maksud & Definisi Tingkah laku


• Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai

• Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

• Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.


Definisi Menurut Lewis M.Beaker (2001)

• Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

• Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.



Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear (2003)

• Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.

• Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.

• Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.



Definisi oleh Carl Rogers (1999)

• Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan

• Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.


Definisi Menurut Al-Ghazali dari perspektif Islam

• Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.

• Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:

        o Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan.

        o Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.

        o Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan
           keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah.

        o Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu

       o Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu-satu situasi
           itu.

       o Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dn tingkah laku.



Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua peringkat

• Manusia dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan serta kelakuannya.

• Manusia lebih dipengaruhi oleh pemikiran yang rasional.



DEFINISI SALAH LAKU

Sebarang tingkahlaku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau keadaan di mana ia berlaku.Tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat termasuk sekolah (Mok Soon Sang, 2004)

Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.Tingkah laku bermasalah yang timbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi/akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.



Definisi Tingkah laku bermasalah

Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah.

Jenis-jenis Masalah Tingkah laku

1. Minor - tidak perlu tindakan disiplin serius, pemulihan.

2. Kronik - perlu kaunseling/teknik modifikasi

3. Masalah Minor

a. Tidak ikut peraturan, prosedur.

b. Ganggu aktiviti bilik darjah, pembelajaran Contoh, Lupa siapkan kerja rumah,Ganggu guru

c. Buat aktiviti yang tiada kaitan dengan pelajaran semasa p&p

d. Enggan patuhi arahan guru



Masalah Major

1. Masalah minor yang kerap

2. Contoh, ganggu kelas, tidak patuhi arahan, ganggu murid lain, cabar guru


Masalah Kronik

• Masalah serius berterusan, konsisten dan sukar diubah

• Perlu intervensi jangka panjang

• Perlu kaunseling atau modifikasi tingkah laku

• Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius

        • Contoh- anti sosial, cabar autoriti,tidak hormat guru, murid lain, bergaduh, vandalisme dll.


Sejarah kepada teori Pengurusan Tingkah laku:

Kajian ahli psikologi :

1. Operant Conditioning (Pertalian antara t/laku & akibat) Thorndike & Skinner

2. Classical Conditioning (Pertalian antara rangsangan & tindakbalas) Watson & Pavlov

3. Teori Psychoanalytic – Sigmund Freud

4. Teori Pembelajaran Sosial – Bandura


PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU

• Ilmu psikologi telah memberi pelbagai maklumat berkaitan perkara-perkara yang menentukan tingkah laku

• Pada peringkat awal, para pengkajiberpendapat tingkah laku disebabkan oleh kuasa dalaman seperti keturunan, kandungan kimia dlm. badan & pengalaman

• Mulai tahun 1920 an – perubahan terdapat perubahan pendapat daripada faktor dalaman kepada peristiwa luaran / persekitaran

• Rumusan – ‘kebanyakan t/laku adalah dipelajari sepanjang masa’

• tingkah laku yang tidak sesuai boleh diubah kepada tingkah laku baru’

• Semua tingkah laku dipelajari

• Semua tingkah laku adalah ‘stimulus spesific’

• Tingkah laku boleh diajar & diubah

• Matlamat perlu jelas & spesifik

• Program perlu secara individu

• Program perlu fokus masa kini

• Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak



MODEL TINGKAH LAKU MANUSIA

• Psychodynamic

• Environmental

• Biophysical

• Behavioral (Model ABC)



Pengurusan Tingkah laku

Definisi Pengurusan Tingkah laku.

PTL ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.


Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku

Ia adalah dokumen bertulis yg menjelaskan perkara-perkara berikut :

• Jenis perlakuan yg dinilai

• Kekerapan perlakuan

• Keadaan semasa perlakuan dinilai


Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).

- Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.

- Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif-bebas gangguan

- Langkah asas:-

• Kenal pasti tingkah laku

• Tentukan sasaran

• Pilih strategi, kaji kesan

• Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru

Teknik Pengurusan Tingkah Laku

1. Alat pengukuran personal (personal tools)

a. Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah.

b. Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi atau keliling kelas, buat pengawasan.

c. Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci, kecewa.

d. Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini


2. Teknik pencegahan (preventive techniques)

a. Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar

b. Iklim positif

c. Peramah, peneguhan, berhati-hati

d. Persekitaran terurus

e. Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku

f. Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima


3. Tindakan Pembetulan (corrective measures)

a. Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan

b. Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan harmonikan iklim bilik darjah

c. Caranya:-

i. Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan

ii. Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran

iii. Bimbing perlakuan yang positif

iv. Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu

v. Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.


4. Teknik - teknik Pengurusan Tingkah Laku

a. Peneguhan

b. Tukar persekitaran fizikal

c. Ubahsuai program pengajaran

d. Guru menukar tingkahlaku sendiri

e. Kualiti guru

f. Penggunaan ganjaran

g. Pembentukan

h. Pengasingan

i. (time-out)

j. Dendaan / hukuman

k. Penghapusan

l. Rakan sebaya (modelling)

m. Kejalakan (satiation)

n. Bimbingan dan Kaunselling


***Sumber: Pelbagai

Tiada ulasan: