Memo dmaza



ILKKM SULTAN AZLAN SHAH, ULU KITA PERAK

AKU DATANG..


Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah swt atas izin dan perkenan dapat ku meneruskan kerjaya pengajar di tempat baru. Bermula 1 Jun 2021 dan kini masih dalam tempoh penangguhan 14 hari. Terima kasih buat isteri Marhida Md Ramli yang sentiasa di sisi.. tak jemu memberi semangat dan dorongan sepanjang bersama.

Semoga penghijrahan di tempat baru ini memberi sinar penghidupan yang lebih bermakna, dipermudahkan setiap urusan, ditemui sahabat-sahabat yang beriman menjadi diriku sekeluarga lebih mendekatkan diri kepada Allah swt ..

Sumber : dmaza.art@blogger. 10.06.2021

__________________________________________________


Lawatan Pasca Covid-19
Penyeliaan dan Penilaian Praktis Klinikal Pelatih PPKP T3SI
PLA Kota Setar di Sungai Petani, Kedah 
28 September - 1 Oktober 2020

Alhamdulillah, segala puji bagi Mu Allah telah mengizinkan perjalanan dan pengurusan lawatan klinikal Pasca Covid-19 pada kali ini. Semua aktiviti yang telah dirancang berupaya disempurnakan dengan jayanya, hasil dari kerjasama Jurulatih Klinikal En Mohd. Latiff Mokhtar dengan disertai seramai sepuluh orang para Pelatih sedia ada. 

Pengisisan aktiviti agak berbeza dengan aktiviti sesebelum ini kerana keseluruhan perancangan mengambil kira aspek risiko jangkitan Covid-19 yang sedang melanda dunia hari ini. Oleh kerana pada ketika ini berlaku peningkatan kes yang mendadak di Daerah Kota Setar, maka aktiviti penilaian dipindahkan ke PLA Kuala Muda, Sg Petani, Kedah. (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-ujian-saringan-penduduk-kota-setar-ambil-masa-seminggu-259124)

Jurulatih : MOHD LATIFF BIN MUKHTAR
Pemandu    : MUZHAFFAR BIN AHMAD ARIB

           DKP 32/2018

MOHD ZULFIQAR BIN HARUN
JESPER RONALDO ANAK LUCAS
MUHAMMAD JUFRI BIN RUSLAN
MUHAMMAD SYAZWAN BIN ZHUBIR
MOHAMAD NUR IZDIHAR BIN MOHAMAD ZUBIR
AHMAD BAIHAKIE BIN AZIZ
SHAHRUL AKMAL BIN MD ISA
MUHAMMAD RODZUAN BIN ABD HAMID
MOHD SUHAIRIBIN AHMAD RADZI
ABDUL HAKIIM BIN AZIZAN











Penyeliaan selanjutnya







_______________________________________

Penyeliaan Latihan Klinikal Pelatih PPKP T3SII (Gombak), Kajian Sanitari di Tadahan Sungai Muda Daerah Kuala Muda, Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Pada 23 September hingga 26 September 2013

Penyeliaan ini bagi memastikan tugasan teras Unit BAKAs oleh para pelatih dicapai mengikut kehendak Buku Log iaitu sebahagian aktiviti wajib yang perlu dijalankan. Pelatih PLK Gombak memilih lokasi Sungai Muda Daerah Kuala Muda, Sungai Petani Kedah Darul Aman sebagai task praktikal. Alhamdulillah.., dengan kerjasama yang baik dari PKD Kuala Muda, PLK Sungai Petani (Encik Chong Ng Tee), Syarikat Air Utara dan SADA (Syarikat Air Darul Aman), aktiviti kajian dapat berjalan lancar.




















______________________________________________________________________________







Promosi Kesihatan Persekitaran

 Situasi Hari Promosi Kesihatan Persekitaran

Pada tanggal 10 April 2012 lalu, pelatih-pelatih Diploma Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Tahun 2 Semester II, sekali lagi telah mengukir kenangan dalam menjayakan aktiviti Program Promosi Kesihatan Pesekitaran iaitu bertempat di ruang legar auditorium Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), Sungai Buloh, Selangor. 

Aktiviti tersebut telah diserikan dengan perasmian oleh Ketua Unit Teknologi Makanan dan Basik iaitu Encik Megat Edli Bin Abdul Halim. Beliau turut menyatakan rasa bangga dan kagum dengan kemampuan pelatih berkenaan menganjurkan aktiviti yang sangat sesuai seiring mempratikan pengetahuan dan tugasan dilapangan yang sebenar apabila menyandangkan kerjaya kemudian hari. Turut hadir bersama pengajar-pengajar subjek Promosi Kesihatan dari Program Komunikasi yang telah banyak member sokogan dan panduan dalam menjayakan aktiviti tersebut.

Program Promosi tersebut juga telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi dan berakhir 2.00 petang. Walaupun masa yang diperuntukan kurang dari lima jam, namun pengisian dan perlaksanaan aktiviti sangat menarik, terancang, kreatif dan lancar.  Penulis sangat teruja dengan sokongan dan kerjasama yang telah ditunjukkan antara pelatih-pelatih dalam memikul tanggungjawab yang telah diberi.

Terdapat 12 kuanter promosi kesihatan yang telah diadakan yang terdiri dari pelbagai maklumat khusus antaranya, Kuanter Kesihatan Persekitaran, Kawalan Penyakit Berjangkit, Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Kawalan Vektor, Kawalan Mutu Air, Keselamatan Kualiti Makanan, Bekalan Air Alam Sekitar dan Penguatkuasaan Perundangan Kesihatan.


Aktiviti tersebut turut dihadiri oleh semua pelatih di KSKB yang berkesempatan antaranya, Program Kejururawatan, Jurupulih Cara Kerja, Fisioterapi, Farmasi, Radioterapi dan Radiografi dan Pembantu Kesihatan Awam.

Pelbagai aktiviti dan permainan yang sesuai dan kreatif telah diatur dapat dikendalikan oleh pelatih dengan bijaksanana. Pada pandangan penulis aktiviti sebegini amat sesuai dan seharusnya diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan pengetahuan dan peranan kerjaya PPKP dapat dimantapkan sebelum menempuh alam pekerjaan kelak.


   Sesi Penulis mengunjungi Gerai Pameran PKP - Kelihatan Para pengunjung dari Program Penolong Pegawai Farmasi turut mengambil peluang.


 Penulis mendapatkan maklumat dari salah satu gerai dipamerkan.


 Kenangan Penulis bersama student PPKP


 Semangat - Penerangan dari salah seorang pelatih kepada penulis.



____________________________________________________________________

16 Oktober 2011 (Ahad)
Masa Jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Bertempat : Surau Ar Raudhah, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sg. Buloh
Kursus Motivasi Menjana Impian Remaja Pelatih
Anjuran E-Class Training Centre (M) Sdn. Bhd bersama Ustaz Elyas Ismail (Selebriti TV Al Hijrah)
___________________________________________________________________

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt pencipta seluruh alam. Dengan limpah dan izinNya, kursus berorientasikan motivasi dan jati diri telah sempurna dan selamat dijalankan. Dengan sokongan dan kerjasama Persatuan Islamic Freindship Society (IFS) program tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 50 pelatih dan majoritinya pelatih perempuan. Intipati perjalanan program tersebut telah diperkasakan oleh beberapa tunggak utama motivator yang sangat popular dari selebriti TV Al Hijrah iaitu Ustaz Elyas Ismail, isteri beliau Putery Amani dan rakan-rakan. Yang sangat menarik dan bercampur terharu keseluruhan program ditaja sepenuhnya oleh E-Class Training Centre (M) Sdn. Bhd termasuk bahan kursus, sijil pentertaan, makan dan minum sepanjang hari berkursus. Alhamdulillah... mana nak cari... peluang dan tawaran sesekali jer mendatang kan ! 

Pelbagai aktiviti dinamik diterjemahkan oleh penganjur...saya dapat merasakan maklumbalas yang pelatih-pelatih perolehi...penuh penghayatan dan sangat meninggalkan kesan....lagi pun...saya turut mengikuti perkembangan perjalanan kursus tersebut sepanjang hari juge...

Tahniah, kepada para pelatih semua kerana dapat menghayati aktiviti sebegini.


Terima kasih Ust Elyas.. sarat dengan info dan bertenaga..










             ______________________________________________________________________