Jumaat, 28 Mei 2010

Andragogi - Siri 1


Andragogi


Topic: Pendidik


Pembelajaran dewasa atau lebih dikenali sebagai andragogi agak sukar didefinisikan kerana maksudnya yang agak luas dan ramai tokoh yang memberikan pandangan yang berbeza-beza. Antara tokoh terkenal adalah Malcolm Knowles, Edward Lindeman, Tough dan sebagainya. Menurut Knowles, sebelum wujudnya andragogi, pedagogi sudah muncul. Pedagogi adalah seni dan kebudayaan bagi pembelajaran kanak-kanak. Perkataan itu diambil dari Yunani iaitu ‘paid’ bermaksud ‘child’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. Kemudian Knowles memberi makna andragogi. ‘Aner’ bermaksud ‘man’ atau ‘adult’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. Namun, Knowles menganggap ia mempunyai makna yang berlainan dengan pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu andragogi adalah seni dan sains bagi membantu pembelajaran orang dewasa. Walaupun begitu, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain.

Pada permulaan abad ketujuh di Eropah, sekolah ditubuhkan dengan tujuan mengajar kanak-kanak. Sekolah rendah adalah sekolah yang mendidik anak-anak lelaki dalam menyalurkan ilmu keagamaan dan membentuk mereka menjadi paderi. Kemudian sekolah itu dikenali sebagai ‘Catheral’ atau sekolah rahib. Memandangkan guru-guru di sekolah itu mempunyai prinsip dan misi terhadap kepercayaan dan upacara keagamaan bagi pelajar kanak-kanak ini, mereka mengendalikan strategi pembelajaran yang dikenali sebagai ‘Pedagogy’ yang bermaksud seni dan kebudayaan untuk pembelajaran kanak-kanak. Selepas Perang Dunia Pertama, muncul pula fahaman berkenaan dengan keunikan orang dewasa sebagai pelajar.


Pembelajaran dewasa mula menarik perhatian di setiap tempat.

Perkembangan pembelajaran dewasa adalah berperingkat iaitu bermula pada zaman pertanian, industri dan seterusnya IT. Alexander Kapp, guru dari Jerman menghuraikan prinsip pembelajaran oleh Plato (Nottingham Andragogy Group 1983). John Frederick Herbert, juga dari Jerman menyangkal penggunaannya. Dengan itu, andragogi lenyap daripada pandangan pembelajaran hampir seabad. Andragogi muncul semula di Eropah pada tahun 1921 dan meluas digunakan pada tahun 1960an di France, Holland dan Yugoslavia. Artikel Knowles ‘Andragogy Not Pedagogy’, diterbitkan dalam Adult Leadership pada 1968 adalah karya pertamanya berkenaan dengan andragogi. Manakala Lindeman pula menitik beratkan komitmen dalam hal bertindak ke arah kendiri (self-directed), pengalaman dan penyelesaian masalah melalui pembelajaran dewasa, Linderman dan Knowles memainkan peranan penting dalam evolusi andragogi di Amerika. Lindeman boleh dilihat sebagai ‘spiritual father’ manakala Knowles pula ‘putative father’ andragogi.

Definisi Andragogi

Pembelajaran dewasa atau lebih dikenali sebagai andragogi agak sukar didefinisikan kerana maksudnya yang agak luas dan ramai tokoh yang memberikan pandangan yang berbeza-beza. Antara tokoh terkenal adalah Malcolm Knowles, Edward Lindeman, Tough dan sebagainya. Menurut Knowles, sebelum wujudnya andragogi, pedagogi sudah muncul. Pedagogi adalah seni dan kebudayaan bagi pembelajaran kanak-kanak. Perkataan itu diambil dari Yunani iaitu ‘paid’ bermaksud ‘child’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. Kemudian Knowles memberi makna andragogi. ‘Aner’ bermaksud ‘man’ atau ‘adult’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. Namun, Knowles menganggap ia mempunyai makna yang berlainan dengan pembelajaran kanak-kanak.

Oleh itu andragogi adalah seni dan sains bagi membantu pembelajaran orang dewasa. Walaupun begitu, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain. “Saya tidak mengatakan yang pedagogi adalah untuk kanak-kanak sahaja dan andragogi adalah untuk orang dewasa, memandangkan ada beberapa andaian pedagogi realistik untuk orang dewasa dan beberapa situasi dan beberapa andaian andragogi sesuai untuk kanak-kanak. Dan saya tidak mengatakan yang pedagogi itu buruk manakala andragogi adalah baik, setiap satunya mempunyai andaian yang munasabah.” Knowles (1979) “…setiap orang dewasa mempunyai tanggapan yang spesifik dan menghargai segala bidang kerjaya, kebahagiaan, keluarga, kehidupan dan hubungan komunitinya. ‘Subject-matter’ kadangkala dibawa ke dalam situasi ini dan digunakan dalam bidang kerjaya sekiranya diperlukan. Fakta dan guru merupakan peranan kedua dalam sesi pembelajaran, guru juga harus menyatakan tentang kepentingan pendidikan formal.’ Lindeman (1972) “Pembelajaran dewasa (andragogi) merupakan teknik baru dalam kaedah pembelajaran. Ia merupakan proses di mana pelajar dewasa sedar bagaimana menilai pengalaman yang diperoleh.

Fakta dan informasi serta pelbagai pengetahuan yang digunakan adalah dengan tujuan menyelesaikan masalah. Dalam proses ini guru akan menggunakan fungsi-fungsi baru.” Gesner (1956) “Pembelajaran dewasa ialah satu konsep di mana aktiviti yang sengaja diadakan bagi pembangunan orang dewasa. Pembangunan di sini bermaksud peningkatan kesedaran, penambahan pengalaman dan pengetahuan.” RWK Paterson (1979) “Pembelajaran dewasa adalah keseluruhan proses pen-didikan terancang di mana kandungan, tahap dan cara tidak kira format ataupun tidak serta sama ada ianya memanjangkan ataupun menggantikan pendidikan asas di sekolah, kolej dan universiti di mana seseorang dianggap sebagai dewasa oleh masyarakat membangunkan kemahiran, memperkayakan pengetahuan serta meningkatkan kelayakan teknikal dan profesional dan seterusnya membawa kepada perubahan dalam sikap serta dalam pembangunan diri serta penglibatan dalam pembangunan sosial, ekonomi dan kebudayaan.” General Conference of UNESCO (1976) “..Orang dewasa yang terlibat dengan apa sahaja kursus pembelajaran sama ada secara biasa ataupun lebih ber-kualiti adalah untuk meningkatkan kemahiran baru atau menambahkan kemahiran dan kelayakan yang telah dimiliki”.

National Advisory Council, On Adult Educations (1980) Carl R. Rogers menyatakan pembelajaran adalah berdasarkan kepada lima hipotesis asas. Pertama, ‘Kita tidak dapat mengajar orang lain secara langsung, kita hanya dapat membantunya belajar’. Hipotesis ini dipetik daripada teori personaliti beliau yang menyatakan setiap individu wujud dalam perubahan secara berterusan melalui pengalaman yang dimiliki. Hipotesis kedua adalah ‘Individu belajar dengan berkesan apabila mampu melibatkan dirinya dalam keperluan dan pengkayaan struktur dirinya’. Ini bermakna, penting untuk mengambil kira bahawa pembelajaran yang dilakukan perlu berkaitan dengan setiap individu. Hipotesis ketiga dan keempat digabungkan, ‘Pengalaman yang, jika terbatin, melibatkan perubahan dalam organisasi diri menerusi simbolisasi diri dan struktur organisasi diri menjadi lebih rigid dan tenang apabila batasan ketakutan dapat disingkirkan’. Hipotesis Rogers yang terakhir adalah ‘Situasi pendidikan paling berkesan mengetengahkan keberkesanan pembelajaran apabila: - Ketakutan di dalam diri pelajar dapat dikurangkan dan diminimumkan. –
Kepelbagaian persepsi dalam pelbagai perkara yang terbimbing.

Keseluruhannya, Rogers menyatakan pembelajaran adalah proses internal yang dikawal oleh pelajar dan berkaitan dengan seluruh interaksi individu itu dengan persekitaran. Rogers juga percaya bahawa pembelajaran adalah proses semula jadi seperti mana pentingnya pernafasan dalam proses kehidupan. Selepas melihat definisi-definisi tokoh yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran dewasa adalah proses pembelajaran yang disedari, sistematik, berterusan serta terancang bagi individu yang dicirikan sebagai dewasa bagi memperoleh ataupun memantapkan lagi nilai, kemahiran dan pengetahuan yang sudah ada. Andaian Andragogi Knowles menganggap orang dewasa berupaya bertindak ke arah kendiri atau self-directedness dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil.


Program pembelajaran dewasa perlu bersesuaian dengan aspek-aspek asas ini.

Terdapat beberapa andaian andragogi yang diberikan oleh Knowles (1980).

Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar - Orang dewasa ingin dan berkecenderungan bertindak ke arah kendiri apabila mereka semakin matang walaupun ada masanya mereka bergantung pada orang lain.

Orang dewasa perlu belajar melalui pengalaman - Pengalaman orang dewasa adalah sumber pembelajaran yang penting. Pembelajaran mereka lebih berkesan melalui teknik-teknik berasaskan pengalaman seperti perbincangan dan penyelesaian masalah.

Orang dewasa belajar berdasarkan pemusatan masalah - Orang dewasa sedar keperluan pembelajaran secara khusus melalui masalah-masalah kehidupan sebenar. Oleh itu, program-program pendidikan dewasa sepatutnya dirancang mengikut keperluan hidup dan disusun mengikut kesediaan dan keupayaan untuk belajar.

Orang dewasa belajar dengan lebih berkesan apabila topik itu bernilai - Orang dewasa belajar bersungguh-sungguh bagi menguasai suatu pengetahuan ataupun kemahiran bagi keperluan hidup. Oleh itu, pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan pencapaian.

2 ulasan:

nangit86 berkata...

bagus dan berinformasi
Mintak share yer..tq

Tanpa Nama berkata...

informasi nya bagus dan ada citation, kalau boleh sediakan sekali bibliography agar boleh dijadikan sumber rujukan