Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya
Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Tidak lama sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Puasa,
selepas hampir sebulan kita menahan diri dari makan dan minum, serta
mengawal godaan dari melakukan perkara yang membatalkan puasa.
Kesempatan ini penulis, ingin memohon
ampun dan maaf,zahir dan batin sekiranya ada salah silap yang selama
ini,tidak disedari. Ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca, pelatih dan handai taulan yang beragama Islam. Tahniah, diucapkan kerana berjaya malalui cabaran yang tidak putus-putus sepanjang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan bagi menunaikan kewajipan agama yang suci.
Perkara biasa menjelang perayaan ini, jalan-jalan dan lebuhraya pastinya akan sesak. Oleh itu, penulis ingin ucapkan agar kesemua pembaca Beritasemasa agar berhati-hati
dijalanraya semasa pulang ke kampung halaman masing-masing. Seronok-seronok
juga, tapi keselamatan anda dan keluarga serta orang lain di jalan
raya, janganlah diabaikan.
Mungkin ada yang tak kisah pasal
ucapan-ucapan sebegini, dan ada yang lebih senang dengan hanya sekadar
ucapan sms ringkas. Janji ada ucapan selamat dan minta maaf. Betul tak?
Dengan adanya sms sebegini, ianya boleh memeriahkan suasana dan saling insaf-menginsafi sesama kita.
Maaf dipinta, tak banyak koleksi rupanya. Maklumlah, hidup semakin ringkas agaknya?
Kalau ada yang sudi tambah, silakanlah yer…
dmaza.art – esok 17 Ogos 2012, dah mula cuti raya….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan