KENALI ADITIF MAKANAN JAMIN KESIHATAN |
|
|
|
Apakah itu aditif makanan?
Aditif makanan adalah makanan yang ditambah dengan sengaja ke dalam makanan bagi tujuan memperbaiki kualiti, persembahan (tekstur, rupa, konsistensi,), perisa, bau, rasa dan jangka hayat penyimpanan tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral.
Jenis aditif makanan
Asid alginik Terdapat pada dinding sel alga perang. Juga dipanggil sebagai algin/ alginate Fungsinya adalah menyerap air dengan cepat, dan digunakan sebagai agen pengeras pada ais krim. Terdapat pada ubat pelangsing badan
Asid adipik
Jumlah yang kecil digunakan dalam makanan sebagai penambah perisa. Klorofil Pigmen hijau yang dijumpai dalam kebanyakan tumbuhan , alga dan sianobakteria Digunakan untuk mewarnakan makanan untuk memberikan warna hijau Asid fumarik Bersifat asid yang digunakan sebagai perasa masam dalam gula-gula dan juga digunakan dalam soda pembuatan kek. Asid glutamik Merupakan sejenis asid amino. Digunakan sebagai perasa dalam keju dan sos soya untuk memberikan rasa. Locust bean gum Juga dikenali sebagai karobin, E410. Diekstrak daripada biji pokok Carob dan digunakan sebagai agen penebal dan gel dalam industri makanan. Mudah larut dalam air. Monosodium glutamate, MSG Juga dikenal sebagai sodium glutamate. Digunakan secara meluas sebagai aditif makanan dan penambah perisa. Potassium benzoate Menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria. Ia digunakan sebagai agen pengeram (preservative) bagi makanan berasid seperti jus buah-buahan, jeruk dan minuman ringan. Sorbitol Digunakan dalam diet sebagai pengganti gula. Biasanya digunakan dalam makanan diet dan ais krim diet. Ia juga berupaya memberikan tenaga. TBHQ, tertiary butylhydroquinone Sebagai pengeram (preservative) bagi minyak sayuran tidak tepu. Mengekalkan warna dan tidak menghilangkan bau . Juga digunakan dalam penyimpanan makanan yang disejukkan seperti ikan. Xanthan gum Merupakan sejenis polisaccharide yang digunakan dalam salad dan sos salad. Berfungsi untuk mengasingkan minyak. Sesetengah orang akan berasa pening apabila makan salad dan sos yang mengandungi xanthan gum. Tip bagi pengguna
Sumber : Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan