Sabtu, 30 Oktober 2010

KESELAMATAN DAN KUALAITI MAKANAN KPKM2114

SOALAN DITUTUP !!!

Isnin, 18 Oktober 2010

Kebersihan Makanan KPKM2114

Topik 6. Prinsip Rekaan Peralatan Makanan

PERALATAN MAKANAN
Objektif pembelajaran ;
Selepas sesi pembelajaran ini, pelatih berupaya;
  1. Menerangkan maksud peralatan makanan
  2. Menerangkan maksud perkakas makanan
  3. Menerangkan prinsip-prinsip rekaan peralatan makanan.
  4. Membincangkan masaalah yang mungkin berlaku akibat rekabentuk peralatan makanan yang tidak sesuai
Definisi Peralatan makanan.
Equipment means an article that is used in the operation of a food establishment such as a freezer, grinder, hood, ice maker, meat block, mixer, oven, reach-in refrigerator, scale, sink, slicer, stove, table, temperature measuring device for ambient air, vending machine, or warewashing machine.

(Indiana State Department of Health)
Peralatan bermaksud suatu benda yang digunakan dalam operasi premis makanan seperti alat pembeku, pengisar, hood, pembuat ais, pemblok daging, pembancuh, oven, peti ais, alat timbang, sinki, penghiris, dapur, meja, jangka suhu, mesin runcit atau mesin basuh peralatan.
Equipment does not include items used for handling or storing large quantities of packaged foods that are received from a supplier in a cased or overwrapped lot, such as hand trucks, forklifts, dollies, pallets, racks, and skids.

(Indiana State Department of Health)
Peralatan tidak termasuk barang-barang yang digunakan untuk pengendalian atau penstoran kuantiti besar makanan-makanan berbungkus yang diterima daripada pembekal dalam lot berkotak atau berbungkus seperti kereta tolak, trak angkat susun, pelantar, pallet, rak dan papan gelincir.
Equipment is all stoves, ranges, hoods, meatblocks, tables, counters, refrigerators, sinks, dishwashing machines, steamtables and similar item, other utensils, used in the operation of a food establishment.

(New York State Department of Health)
Peralatan ialah dapur, barisan dapur, hood, pemblok daging, meja, kaunter, peti ais, sinki, mesin basuh pinggan mangkuk, meja wap dan lain-lain yang seumpamanya, lain-lain perkakas, yang digunakan dalam operasi premis makanan.

Definisi Perkakas

Utensil means a food-contact implement or container used in the storage, preparation, transportation, dispensing, sale, or service of food, such as kitchenware or tableware that is multiuse, single-service, or single-use; gloves used in contact with food; temperature sensing probes of food temperature measuring devices; and probe-type price or identification tags used in contact with food

(Indiana State Department of Health)
Perkakas bermaksud alat yang digunakan untuk menyentuh makanan atau bekas yang digunakan dalam penstoran, penyediaan, pengangkutan, pengagihan, jualan atau sajian makanan seperti alat dapur atau alat meja yang pelbagai gunaan atau satu gunaan, sarung tangan yang digunakan untuk menyentuh makanan, alat mengukur suhu makanan dan tanda harga atau tanda pengenalan makanan yang digunakan dalam makanan.
Utensil is any tableware and kitchenware used in the storage, preparation, transfer or service of food.

(New York State Department of Health )

Perkakas ialah apa-apa alat meja dan alat dapur yang digunakan dalam penstoran, penyediaan, pengangkutan atau penyajian makanan.

Definisi Alat Dapur
Kitchenware is all multi-use utensils other than tableware used in the storage, preparation, transfer, conveyance or service of food.

(New York State Department of Health)
Alat dapur ialah alat-alat yang pelbagaigunaan selain daripada alat meja yang digunakan dalam penstoran, penyediaan, pengangkutan, penghantaran atau penyajian makanan.
Definisi Alat Meja
Tableware is all multi-use eating and drinking utensils.
 (New York State Department of Health)

Alat meja ialah alat-alat pelbagaigunaan dalam makan dan minum

Prinsip-prinsip Rekaan Peralatan 
  1. Bahan rekaan selamat.
  2. Rekabentuk kukuh.
  3. Tepat.
  4. Berfungsi.
  5. Mudah dicuci.
1. Bahan rekaan selamat
  • Ciri-ciri - Tidak mengeluarkan bau, warna atau rasa dan tidak menyumbang kepada kontaminasi.
  • Bahan-bahannya selamat.  -  Plastik : Bahan plastik yang selamat dan tahan lasak. Sumpik, calar, herot dan retak menunjukkan ianya tidak tahan lasak.
  • Prinsip rekaan peralatan - Bahan rekaan selamat.
2. Besi (cast iron) - Besi boleh digunakan sebagai permukaan untuk memasak tetapi bukan untuk permukaan peralatan  makanan.
3. Seramik, kristal dan tembikar - Perkakas seramik, kristal dan tembikar boleh digunakan tetapi hendaklah bebas daripada plumbum.
4. Tembaga -
  • Peralatan tembaga dan campuran tembaga hendaklah TIDAK digunakan untuk makanan yang mempunyai pH di bawah 6 seperti cuka dan jus buah-buahan. 
  •  Peralatan tembaga dan campuran tembaga boleh digunakan untuk membuat bir yang mempunyai pH di bawah 6 dalam proses pra-penapaian dan penapaian.
5. “Galvanised metal” (logam saluran saduran zink)  - “Galvanised metal” hendaklah TIDAK digunakan sebagai perkakas atau peralatan untuk makanan berasid.  

6. Pewter (logam timah putih dan hitam) - Pewter yang mengandungi plumbum melebihi 0.05% hendaklah TIDAK digunakan sebagai permukaan peralatan makanan.
7. Pateri - Pateri yang mengandungi plumbum melebihi 0.2% TIDAK boleh digunakan sebagai permukaan peralatan makanan.
8. Kayu - Kayu keras boleh digunakan untuk perkakas seperti papan potong, chop stick, penggiling dan senduk.

Rekabentuk Kukuh.
  • Dapat bertahan kepada kemek, lubang, sumpik, calar, bengkok dan seumpamanya.
  • Rekabentuk Tepat. -  Bersesuaian dengan kegunaan alat contohnya jangkasuhu yang digunakan untuk dimasukkan ke dalam makanan atau bahan masakan perlu diperbuat daripada batang logam, skala berangka senang dibaca dan tepat sehingga + 2 darjah Fahrenheit.
Rekabentuk Berfungsi.
  • Hood pengudaraan hendaklah direka dengan keadaan ianya dapat berfungsi mencegah minyak atau pemeluwapan pada dinding dan siling dan mencegah minyak atau pemeluwapan daripada meleleh ke atas makanan atau permukaan peralatan.
Mudah dicuci.
Permukaan peralatan
  • Permukaan yang menyentuh makanan hendaklah licin.
  • Bebas daripada kecacatan.
  • Bebas daripada pecah, retak, sumpik, lubang dan bebas daripada celah-celah yang sukar dicuci.
  • Rekabentuk - Peralatan yang mengandungi “bearing” dan “gear” yang menggunakan minyak pelincir yang tidak selamat hendaklah direka dalam keadaan di mana minyak pelincir tersebut tidak bocor, meleleh atau terkena kepada permukaan peralatan 
  • Peralatan yang mempunyai pateri hendaklah kemas dan licin.
  • Kesampaian -Permukaan peralatan hendaklah mudah disampai untuk cucian dan pemeriksaan dengan cara :  tanpa ditanggalkan atau ditanggalkan tanpa mengguna alat atau ditanggalkan dengan mudah dengan alat seperti screwdriver. 
  • Cucian setempat  
          Peralatan yang menggunakan cucian setempat hendaklah direka supaya:

             a) Cecair cucian dan “sanitizing” boleh dikelilingkan melalui suatu sistem yang tetap.
             b) Cecair tersebut bersentuh dengan semua permukaan dalaman.
             c)  Sistem tersebut berupaya mengalir air keluar dengan sendirinya.
  •   Cucian tekanan semburan. - Peralatan tetap yang direka untuk dicuci dengan kaedah ini hendaklah mempunyai pendawaian, suis dan sambungan yang tertutup.
Masalah-masalah yang mungkin berlaku akibat rekabentuk peralatan makanan yang tidak sesuai
  • Jangkitan kuman
  • Bahayakan pengguna
  • Kerosakan fizikal makanan
  • Kontaminasi makanan
  • Sukar dibersihkan
  • Sukar mengendalikan
  • Kerosakan peralatan
  • Risiko kecederaan kepada pengendali
  • Meningkatkan kos
  • Kurangkan produktiviti
  • Merendahkan ekonomi/ekonomi merosot
  • Penyakit berjangkit
  • Bazirkan masa
  • Makanan tidak dapat dimasak sempurna
  • Menimbulkan ketidakselesaan
  • Nilai estetika
  • Menarik perhatian perosak
  • Psikologi pengguna peralatan
  • Mudah karat

Topik 5. Prinsip Rekaan Premis Makanan

PRINSIP REKAAN PREMIS MAKANAN
Oleh : Mazlan Mansor

 

 
Objektif pembelajaran
Selepas tamat sesi pembelajaran ini, para pelatih berupaya:

 
1. Menerangkan maksud premis makanan
2. Menerangkan prinsip-prinsip rekaan premis makanan.
3. Menerangkan prinsip-prinsip bahan binaan premis makanan.
4. Membincangkan keperluan-keperluan rekaan dan pembinaan premis makanan.
5. Membincangkan masalah yang mungkin berlaku akibat rekabentuk premis makanan yang tidak sesuai.

 

 
Definisi premis makanan

 
Mana-mana premis di mana terdapat makanan dibuat, disedia, dibungkus, disimpan dan dikendalikan untuk jualan; terdapat makanan dijual dan digunakan dengan premis makanan yang lain.

 
(Kod Amali Kebersihan Makanan 1975)

 
Akta Makanan 1983.
Premis makanan adalah premis yang digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan.

 

 
Definisi premis ;

 
a) Meliputi bangunan atau khemah atau apa-apa struktur lain, kekal atau sebaliknya beserta dengan tanah dimana terletaknya bangunan, khemah atau lain-lain struktur itu dan mana-mana tanah bersempadanan yang digunakan berkaitan dengannya dan apa-apa kenderaan, pengangkutan, vesel atau pesawat udara dan

 
b) Bagi maksud-maksud seksyen 4, sesuatu lebuh, tanah lapang atau tempat peranginan awam atau basikal atau apa-apa kenderaan yang digunakan untuk atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan.

 
Rekaan premis makanan :
Termasuk ;
1. Rekabentuk premis.
2. Bahan-bahan binaan yang digunakan.
3. Tapak atau kawasan dimana premis makanan itu hendak dibina.
4. Kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan.

 
Prinsip-prinsip dipertimbangkan:
1. Keselamatan.
2. Kekukuhan/tahan lama.
3. Ruang mencukupi.
4. Ketepatan/bersesuaian.
5. Berfungsi.
6. Kebersihan/suci.
7. Mudah dicuci.
8. Mudah diselengggara/perbaiki.
9. Mesra alam

 
Rekabentuk dan lokasi (layout).
Premis makanan perlu direkabentuk dan dibina ;
1. Bersesuaian dengan kegunaannya.
2. Mempunyai ruang yang mencukupi untuk tempat pembuatan makanan, peralatan dan fittings.
3. Mudah dicuci, disucihama dan diselenggarakan.
4. Menghalang kemasukan dan urungan makhlok perosak (pests).
5. Menghalang/menjauhi habuk, daki, asap, serbuk dan lain-lain bahan kontaminasi.

 
Premis makanan perlu selamat, kukuh dan bersih di mana ;
  1. Bangunannya hendaklah ditempatkan dalam kawasan yang bebas daripada bau, asap, habuk atau lain-lain pencemar dan tidak dilanda banjir.
  2. Bangunan dan kemudahan-kemudahannya hendaklah dibina dengan kukuh, tahan lama dan mudah dijaga dengan baik.
  3. Bahan-bahan binaan bangunan dan kemudahan-kemudahannya hendak dari bahan yang tidak toksid, kukuh, tahan lama, suci/bersih dan mudah dibersih /sucihamakan.
  4. Ruang kerja yang mencukupi hendaklah disediakan untuk mempastikan semua operasi dapat dijalankan dengan memuaskan.
  5. Rekaannya hendaklah membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sucihama dijalankan dengan mudah dan memuaskan serta memudahkan kerja-kerja penyeliaan kebersihan.
  6. Bangunan dan kemudahan-kemudahannya hendaklah direka supaya pengasingan dapat diadakan samada dengan cara pembahagian, lokasi atau lain-lain cara yang berkesan di antara kerja-kerja operasi yang boleh menimbulkan kontaminasi silang.
  7. Bangunan dan kemudahan-kemudahannya hendaklah direka untuk memudahkan operasi kebersihan dengan cara mengadakan aliran kerja yang terkawal dari mula menerima bahan mentah sehingga produk dihasilkan dan menyediakan suhu yang bersesuaian bagi proses ini.

Dalam kawasan-kawasan premis di mana pengendalian makanan dilakukan perlu :
 
Lantainya dimana boleh hendaklah 
a) Kalis air.
b) Tidak menyerap.
c) Mudah dicuci dan disucihama.
d) Tidak licin.
e) Bahannya bersesuaian, tidak toksik,
f) Keadaannya elok, tiada retak.
g) Rekaannya kurang sambungan.
h) Dicerunkan untuk memudahkan cecair mengalir ke saluran keluar.

 

 
Bahan-bahan Kemasan Lantai

Lantai premis
  • Steel Trowel Finished Concret
  • Stainless Steel Non-slip For Food Preparation
Pertemuan lantai dan dinding dilengkongkan.

Dindingnya dimana boleh hendaklah ;

1. Kalis Air.
2. Tidak Menyerap.
3. Mudah Dicuci Dan Disucihama
4. Bahannya Tidak Toksik.
5. Warnanya Cerah.
6. Ketinggian Dinding Bersesuaian Dengan Kerja Yang Dijalankan.
7. Rata, Licin Dan Tiada Retak.
8. Penjuru Di Antara Dinding-dinding, Dinding dan Lantai, Dinding Dan Siling hendaklah ditutup rapi. Dan Dilengkongkan untuk memudahkan pencucian.

 

Dinding premis 
  • Gloss painted
  • Dinding premis
  • Pertemuan dinding dan lantai premis
Siling  
Hendaklah direka, dibina dan disudahi dalam keadaan di mana ia ;
1. Selamat, kukuh dan berwarna cerah.
2. Mencegah pengumpulan apa jua kotoran.
3. Pengaliran udara yang baik.
4. Mengurangkan pengwapan, pertumbuhan kulat dan pengelupasan.
5. Mudah dicuci dan diselenggarakan.

 
Tingkap  
1. Tingkap dan lain-lain bukaan hendaklah dibina untuk mencegah pengumpulan kotoran.
2. Tingkap-tingkap yang terbuka hendaklah disediakan dengan ‘screen’.
3. ‘Screen’ hendaklah mudah digerakkan untuk kerja cucian dan penyelenggaraan yang baik.
4. Tebing tingkap bahagian dalam bangunan hendaklah dicerunkan untuk mencegah ianya digunakan sebagai tempat letak barang-barang.

 
Pintu hendaklah ; 
1. Kukuh dan selamat.
2. Mempunyai permukaan yang licin.
3. Bahan tidak menyerap.
4. Bersifat tutup-sendiri.
5. Dapat ditutup dengan rapat.
6. Dapat menghalang kemasukan pet dan pest.

 
Pintu – Vermin proof

 
Tangga, lif dan struktur tambahan
  1. Tangga, lif dan struktur tambahan seperti platfom, tangga panjat, cut (chute- salur) sampah, hendaklah dibina dan ditempatkan dalam keadaan di mana ianya tidak menyebabkan kontaminasi kepada makanan.
  2. Cut (salur) sampah hendaklah dibina dengan tempat untuk pemeriksaan dan kerja pencucian.
 
Lain-lain
Dalam kawasan pemprosesan, semua struktur di atas kepala hendaklah;
  1. Dipasang dalam keadaan di mana ianya tidak mencemari makanan dan bahan mentah samada secara langsung atau tidak langsung melalui pengwapan, titisan atau lelehan.
  2. Tidak menjejaskan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
  3. Direka dan disudahi dalam keadaan dimana ianya dapat mencegah pengumpulan kotoran dan kurangkan pengwapan, pertumbuhan kulat serta pengelupasan.
  4. Dari bahan yang selamat, kukoh dan mudah dicuci.
Lain-lain

 
Penggunaan bahan-bahan yang tidak dapat dicuci dan disucihama seperti kayu hendaklah dielakkan melainkan penggunaanya tidak menjadi punca kontaminasi.

 
Plan lantai premis makanan
  • Keratan rentas seksyen A
  • Keratan rentas seksyen B
  • Keratan rentas seksyen C
Kemudahan-kemudahan sanitari.

 
Premis perlu dilengkapi dengan ;

 
  1. Sistem Bekalan air -Sistem bekalan selamat hendaklah direka untuk mempastikan air yang selamat digunakan. 
  2. Sistem pengudaraan dan pencahayaan - Sistem pengudaraan dan pencahayaan (semulajadi/rekaan) yang cukup hendaklah direkakan untuk mencegah kepanasan, pengwapan, habuk dan menghapuskan udara tercemar.  
  3. Sistem pepaipan - Sistem pepaipan direka dengan memasukkan sinki, aksesori dan sambungan sanitari yang secukupnya untuk memudahkan semua peralatan dan perkakas dicuci dengan sempurna.
  4. Sistem peparitan - Sistem peparitan untuk membuang sisa-sisa hendaklah direka dengan secukupnya. 
  5. Sistem pembuangan najis - Sistem ini hendaklah direka untuk memastikan pembuangan najis yang sempurna dan bersih. Tandas hendaklah mempunyai udara dan cahaya yang cukup dan hendaklah tidak terbuka secara langsung kepada kawasan pengendalian makanan. 
  6. Sistem pembuangan sampah - Sistem ini hendaklah direka dengan keadaan ianya dapat mencegah kemasukan makluk perosak dan mengelak kontaminasi kepada makanan, air, peralatan dan bangunan.
Masalah yang mungkin berlaku akibat reka bentuk premis makanan yang tidak sesuai.

 
1. Keselamatan ;
• Pengendali makanan.
• Para pelanggan.
• Makanan
• Persekitaran.

 
2. Kos
• Pembinaan.
• Operasi.
• Penyelenggaraan.

 
3. Estetika
• Imej.
• Keselesaan.
• Kepuasan/penghormatan.

Khamis, 7 Oktober 2010

INGATKAN SIKIT….



Hari Raya dah pun berlalu… disusuli pula dengan Puasa Enam Syawal…pastu raya lagi… Rumah Terbuka sana sini… sampai saiz pun mula berubah…(termasuk ler saye sendiri)… Sedar tak sedar, Peperiksaan Formatif telah pun seminggu berlalu. Bagi pihak pengajar kolej saya mengucapkan tahniah!! kepada para pelatih semua kerana telah pun selesai dan berjaya menduduki peperiksaan tersebut. Bagi kawan-kawan yang gagal menduduki peperiksaan disebabkan masalah tertentu atau sebagainya… nampaknya, anda akan lebih sukar ler… menempuh hari-hari berikutnya di KSKB ini. Telah berulang kali diingat…dipesan..agar tidak menimbulkan masalah…sekarang.. ape DAH JADI?? Kini baki pembelajaran dah tinggal tak berapa lama lagi…berkunjung pula exam final semester (sumatif). Peperiksaan akhir dijangka akan bermula 8 November..selama seminggu… Pelatih di klinikal pun sama la..sekali harung…



Sekarang pengajar-pengajar sibuk marking paper anda… ada yang pergi clinical assasment kat PLK… dan saya minggu depan, InsyaAllah… kat PLK Jitra…Jitra lagi… Harap orang-orang sebelah dapat bersabar tunggu kehadiran saya… Seperti biasa.. prepair ler ape yang patut….

Buat semua student PPKP…try the best

Penyelaras
Al Maliki II, T2S2
Program Kesihatan Persekitaran

Selasa, 5 Oktober 2010

BAHAYA PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)

BAHAYA PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)

Tikus antara haiwan penyebar bakteria Leptospirosis 

Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian yang disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akhbar-akhbar tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia. Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.


Perdarahan pada kulit


Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Leptospirosis di Malaysia?
Leptospirosis di Malaysia telah dikesan buat pertama kalinya pada tahun 1925 oleh seorang saintis bernama Fletcher W. Setelah itu, para saintis telah membuat kajian yang lebih terperinci bagi menjejaki kes-kes Leptospirosis di Malaysia. Sebagai rumusan, para saintis mengumumkan bahawa penyakit Leptospirosis amerupakan endemik di negara kita pada waktu tersebut.

 Kes pada tahun 1925 tersebut merupakan kes yang membawa maut (fatal case) yang disebabkan oleh bakteria Leptospirosis icterohemorrhagiae Fletcher W. juga telah mengenal pasti serotip-serotip lain daripada genus Leptospira di dalam sampel-sampel biologi daripada 21 orang pesakit. Pada tahun 1926 pula empat kes telah dikesan di Singapura (yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaysia) oleh saintis Galloway.

Pada peringkat awal penyakit ini dikesan di Malaysia, kebanyakan pesakit menunjukkan simptom demam kuning (jaundis), manakala dalam kalangan askar pula, simptom yang ditunjukkan adalah demam panas.

Bilangan kes dan kematian yang disebabkan oleh Leptospirosis pada waktu itu sangat membimbangkan. Para saintis telah menggelar penyakit ini sebagai penularan penyakit baru dalam kalangan masyarakat Malaya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan.

Persekitaran yang berpotensi pembiakan roden

Apakah penyebab Leptospirosis?
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira. Leptospira pertama kali dikenal pasti sebagai penyebab Penyakit Weil di Jepun, yang biasa berlaku ke atas pelombong arang batu. Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan hubungkait DNA dan lebih daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia. Penyakit Weil pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.


Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan. Terdapat ada juga kes yang dilaporkan hingga bertahun-tahun haiwan itu masih boleh merembes bakteria tersebut. Malahan, haiwan yang telah mendapat vaksinasi juga boleh merembeskan bakteria ini melalui air kencingnya.



Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?
Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit

Leptospirosis yang sering menerima jolokan demam `swamp’ atau lumpur, ini mulai ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan dalam kalangan tukang paip dan pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas tidak hairanlah apabila kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes Leptospirosis yang melibatkan manusia berlaku di tempat kerja.

Walaupun Leptospirosis dilabelkan sebagai penyakit pekerjaan (occupational disease) tetapi di negara-negara endemik, aktiviti rekreasi dan pengembaraan boleh menjadi faktor risiko utama pendedahan kepada bakteria genus Leptospira ini. Selain itu, orang awam juga boleh terdedah kepada bakteria ini melalui permukaan air bertakung, terutamanya selepas hujan dan banjir. Kawasan yang kotor dan tidak terjamin tahap kebersihannya, adalah lebih berisiko tinggi untuk menjadi kawasan Leptospira.

Jangkitan daripada manusia kepada manusia lain bagi penyakit ini jarang berlaku. Tetapi Leptospirosis ini masih boleh menular melalui hubungan seksual dan melalui penyusuan badan. Bakteria Leptospira masih boleh menjangkiti manusia lain melalui urin walaupun setelah berbulan-bulan selepas jangkitan.

Oleh kerana terdapat pelbagai jenis serotip bakteria Leptospira, maka seseorang pesakit yang telah sembuh daripada penyakit Leptospirosis boleh dijangkiti dengan strain lain dan boleh terus menyebarkan penyakit itu lagi.


Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?
Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda. Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain.

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.


Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?
Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.


Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?
Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh urin haiwan yang telah dijangkiti.

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa seperti tikus, anjing atau khinzir.

Ada juga kajian dari Australia yang mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis berbanding wanita.

Pencemaran air sewaktu banjir melanda


Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini?
Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospira.

Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak dan air kencing.

Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?
  • Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospira.
  • Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini
  • Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.
  • Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun
  • Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.
  • Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan
  • Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus
  • Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.
  • Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Leptospira.

 Apakah rawatan bagi Leptospirosis?
Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

Sumber : http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/376-bahaya-penyakit-leptospirosis-kencing-tikus