Khamis, 13 Oktober 2011

STANDARD BAGI KOPI SEGERA

STANDARD BAGI KOPI SEGERA


  
Adakah kopi yang terdapat dalam cawan anda adalah tulen? Terdapat Standard ISO baru tentang kopi yang dapat memastikan apa yang anda minum.

Apabila anda menyediakan secawan kopi segera yang dilabel ”100% kopi larut tulen”, sebenarnya anda tidak akan mendapati sebarang kopi dalam cawan ini.

Kopi segera merupakan bahagian yang besar dalam arena perdagangan antarabangsa. Ia juga tertakluk kepada peraturan sesebuah negara dan antarabangsa negara. Namun begitu, bagaimana untuk mengelak daripada deklarasi yang tidak benar dan produk yang palsu?
Standard ISO yang baru, ISO 24114:2011, Kopi Segera – Kriteria untuk ketulenan, spesifikasi menyatakan bahawa ketulenan dan kualiti serbuk kopi larut, menyediakan satu alatan yang dapat mengesan kemungkinan berlakunya pemalsuan kopi. Kriteria ini berdasarkan kepada analisis bagi lebih 1000 sampel kopi larut di pasaran.

Marino Petracco, pengerusi bagi jawatankuasa yang membangunkan standard ini menyatakan bahawa deklarasi yang tidak tepat, yang mendakwa terdapat 100% kopi larut tulen, tetapi dengan penambahan bahan tertentu yang tidak sepatutnya, telah menipu pengguna. Ini juga menyumbang kepada persaingan yang negatif di antara pembuat kopi segera.

Bagi menjamin kepentingan pengguna dan pembuat kopi segera, ISO 24114 merupakan satu garis panduan yang penting bagi memastikan deklarasi yang benar dan menguatkan keyakinan pada rantaian pembuat kopi segera.

Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

Tiada ulasan: