Selasa, 5 April 2011

KESIHATAN PERSEKITARAN DAN TEKNOLOGI BANGUNAN

KESIHATAN PERSEKITARAN DAN TEKNOLOGI BANGUNAN



Contoh Soalan TAHUN 2004

Soalan 1

Anda sebagai seorang PPKP yang menjaga unit BAKAS. Peg. Kesihatan Daerah telah mengarahkan anda merekabentuk sebuah stor BAKAS.

a. Bincangkan ciri-ciri keselamatan dan kesihatan yang anda hendak beri perhatian dalam merekabentuk setor tesebut.(5M)

- pencahayaan
- pengudaraan
- luas mencukupi
- bahan binaan
- pelan kecemasan
- pintu keluar/laluan yang sesuai

b. Cadangkan amalan-amalan atau prosedur mengenai kekemasan yang baik untuk setor bila digunakan nanti.(5M)

- susunan peralatan
- simpan barang mengikut saiz yang bersesuaian stor
- membersihkan stor
- adakan seorang petugas khas
- mencatitkan peralatan yang digunakan
- keluar/masuk barangan


Soalan 2

Sebuah syarikat perumahan telah mengemukakan satu set pelan bangunan kediaman dengan permohonan membina 100 unit rumah kos rendah di suatu kawasan penempatan baru.sebagai PPKP di unit Kesihatan Am,

a. Huraikan impak dari aspek sosiologi,budaya,dan ekonomi keatas pembinaan perumahan tersebut.(5M)

1. KESESAKAN

- rumah sempit / sesak
- ruang terhad
- persekitaran rumah sesak
- bil. penghuni ramai
       - contoh : setinggan, flat dll.
- kesan : perebakan penyakit berjangkit, kesesakan, stress dll.


2. BEKALAN AIR DAN SISTEM PEMBUANGAN NAJIS / SISA PEPEJAL TIDAK SEMPURNA

- bekalan air tidak selamat / tercemar
- sistem pembuangan najis tidak sempurna
- sistem perlimbahan tidak sempurna
- pembuangan sampah tidak sempurna
       - contoh : setinggan

- kesan : perebakan penyakit berjangkit, pembiakan vektor dan rodensia, kacau ganggu,estetika dll.


3. STRUKTUR RUMAH TIDAK SEMPURNA

- struktur asas
- lantai, dinding dan bumbung
- kemudahan asas tidak mencukupi
- kesan : kecederaan, kemalangan, kebakaran, dll

4. PENGUDARAAN TIDAK SEMPURNA

- rekabentuk yang tidak sempurna
- bahan binaan dinding dan bumbung
- pengudaraan mekanikal tiada / tidak mencukupi
- kesan : tidak selesa, stress, perebakan penyakit berjangkit, kesesakan.

5. TEKANAN ( STRESS )

- punca-punca :
   * kesesakan
   * ekonomi
   * sosial, dll
- kesan : gangguan emosi, fizikal, peningkatan jenayah dll.


b. Huraikan prinsip-prinsip rumah sihat yang perlu dipatuhi oleh pemaju bagi memastikan rumah tersebut sihat dan selamat untuk didiami.(5M)


1. PERLINDUNGAN DARIPADA AGEN DAN VEKTOR PENYAKIT BERJANGKIT

Þ Bekalan air selamat
Þ Sistem pembentungan yang sempurna
Þ Pelupusan sisa pepejal dan air limbah

2. PERLINDUNGAN DARIPADA KECEDERAAN DAN PENYAKIT KRONIK

Þ Struktur rumah dan susunatur perabut
Þ Kawasan persekitaran rumah
Þ Penggunaan bahan-bahan kimia

3. KESIHATAN MENTAL

Þ Kecukupan keperluan rumah
Þ Status sosial
Þ Keadaan persekitaran

Punca-punca stress :  Ekonomi, privacy, kesesakan, keganasan, keselamatan fizikal dan harta benda,

4. PERSEKITARAN

Þ Lokasi rumah :
   - Bebas dari jenayah, pencemaran, hazad, kesesakan jalanraya, masalah sosial, dll.

Þ Kemudahan / Perkhidmatan asas :
  - Pendidikan, Peluang pekerjaan, Kemudahan sosial dan komersial, keselamatan diri dan harta benda,  
    kumpulan kemasyarakatan, dll

5. HAL-HAL KEPENGGUNAAN

Þ Kualiti pembinaan / bahan binaan rumah :  -  mengikut spesifikasi yang ditetapkan, dll.
Þ Kemudahan / Perkhidmatan asas :            -  kawasan rekreasi, tempat ibadat, persekitaran yang bersih  
                                                                      dan selamat, perkhidmatan perbandaran, dll

6. PENDUDUK BERISIKO

Þ Warga tua / kanak-kanak :    - bebas dari kesesakan lalulintas, persekitaran yang sihat dan selamat, dll.

Þ Wanita hamil :                       - persekitaran yang sihat dan selamat, dll.

Þ Orang kurang upaya :           - penyediaan kemudahan asas yang mencukupi



TAHUN 2005

Soalan 1

Salah satu aktiviti dalam sistem pengurusan sisa pepejal ialah pengutipan sampah sarap dari rumah kediaman ,pasar,pasaraya,dan lain-lain tempat.

a. Terangkan hazad-hazad yang mungkin boleh berlaku dari segi pengendalian secara manual semasa menjalankan aktiviti tersebut.(5M)

- hazad kimia : bahan alkali asid,pelarut organic,wap,gas beracun

- hazad fizikal : kebisingan,suhu panas,getaran,tekanan berlebihan.

- Hazad biologi : bacteria,virus,serangga,hama

- Hazad ergonomic : tugas berat yang menggunakan tangan ,keadaan badan yang bengkok,tugas yang memerlukan pergerakan berulang

- Hazad psikososial : tekanan kerja ,beban kerja berlebihan,tiada sokongan rakan sekerja,tiada kepelbagaian kerja.



b. Terangkan ciri alat perlindungan diri yang perlu digunakan oleh pekerja berkenaan. (5M)

- Perlindungan mata : cermin mata keselamatan yang mudah dibawa,kanta tidak bercalar dan bersih jenis plastic.
- Perlindungan kaki : kasut keselamatan diperlukan,kasut steeltoe
- Perlindungan tangan : sarung tangan tahan bahan kimia untuk melindungi daripada kesan bahan kimia.
- Perlindungan pendengaran : Ear Plug bergetah berwayar@tanpa wayar
- Perlindungan pernafasan : Guna Dist/Mist respirator



TAHUN 2006

Soalan 1

Satu wabak denggi telah berlaku di Kg Bahagia dalam kawasan operasi anda dimana aktiviti pengawalan pengasapan perlu dijalankan. Sebagai penyelia PPKP dalam operasi ini,anda bertanggungjawab untuk memastikan pekerja menjalankan pengasapan ini dengan selamat.

a. Sediakan carta aliran yang menunjukkan langkah proses pengasapan.(5M)

Sediakan peralatan dan anggota >> kenderaan >> pengumuman >> memakai PPE >> membuat bancuhan >> mulakan semburan >> bersihkan peralatan >> simpan dalam stor >> bersihkan diri.


b. Terangkan hazad yang mungkin berlaku semasa proses pengasapan dijalankan.(5M)

- semasa membuat bancuhan :        tak pakai PPE ,boleh terhidu bahan beracun
- memakai pakaian keselamatan :   mengendalikan peralatan
- bunyi bising :                               tidak memakai PPE
- haba daripada mesin fogging :      kepanasan peralatan.
- Mata pedih,gatal2 :                     tidak memakai gogel.
- Melecur :                                    mesin fogging terbakar
- Berlaku kebakaran dalam rumah : api terkeluar dr mesin fogging…

Tiada ulasan: