Rabu, 6 April 2011

Lagi Contoh SOALAN...

KESIHATAN PERSEKITARAN & TEKNOLOGI BANGUNAN

SOALAN 1


Satu wabak denggi telah berlaku di kampong Bahagia dalam kawasan operasi anda dimana aktiviti pengasapan perlu dijalankan. Sebagai penyelia PPKP dalam operasi ini, anda bertanggungjawab untuk memastikan pekerja menjalankan pengasapan ini dengan selamat.


a) Sediakan carta aliran yang menunjukkan langkah proses pengasapan ( 5 markah )

1. Sediakan peralatan – mesin, minyak, bahan residu, peralatan pelindungan dll.
2. Buat penyelenggaraan terhadap peralatan yang akan digunakan
3. Pastikan semua peralatan mencukupi
4. Pergi ke lapangan
5. Membuat pengumuman tentang kerja – kerja pengasapan yang akan dijalankan.
6. Mengisi minyak dan menyediakan bancuhan.
7. Melihat haluan dan arah angin
8. Memastikan semua penghuni telah keluar dari kediaman masing – masing
9. Memastikan semua binatang peliharaan seperti kucing, burung dan anjing telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat
10. Kerja – kerja pengasapan dimulakan.


b) Terangkan hazad yang mungkin berlaku semasa proses pengasapan ( 5 markah
1. Pekerja
• Terdedah kepada bahan kimia, racun, minyak dan sebagainya.
• Kecederaan pada anggota badan akibat postur yang tidak betul semasa mengangkat dan mengendalikan mesin.

2. Penduduk sekitar
• Masalah pernafasan
• Kemalangan akibat jarak penglihatan yang terhad berpunca dari asap yang tebal.
• Binatang peliharaan mati akibat kesan racun dari semburan


3. Makanan
• Tercemar dengan racun


SOALAN 2

Anda sebagai seorang PPKP yang menjaga Unit BAKAS. Peg. Kesihatan Daerah telah mengarahkan anda mereka bentuk sebuah stor BAKAS

a) Bincangkan ciri keselamatan dan kesihatan yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk stor tersebut ( 5 Markah )

1. mesti mempunyai lebih dari satu pintu
2. Susunan rak mesti mempunyai laluan untuk keluar masuk
3. Pemadam api perlu disediakan
4. Setor mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi
5. Pemasangan ‘grill’ pada pintu dan tingkap.
6. Mempunyai penunjuk arah sekiranya berlaku kecemasan
7. Mempunyai papan yang mengingatkan tentang ciri-ciri keselamatan


b) Cadangkan amalan atau prosedur mengenai kekemasan yang baik untuk setor apabila digunakan nanti. ( 5 Markah )

1. Mengamalkan konsep FIFO ( First In First Out )
2. Susunan rak yang teratur dan tidak berserabut
3. Setiap rak dilabelkan mengikut jenis barang yang diletak atau disimpan
4. Penggunaan kad pengeluaran barang dan borang catitan pengeluaran barang
5. Buku stok pelu disediakan untuk merekod setiap barang yang keluar dan masuk dari segi jenis, kuantiti dan sebagainya.
6. Penggunaan almari dan rak yang bersesuaian dengan barang yang disimpan
7. Alas / pallet digunakan untuk bahan-bahan yang mudah rosak seperti simen, fitting, zink & sebagainya.

Tiada ulasan: