Isnin, 20 Jun 2011

PLK Gombak

Selamat Datang...

1 Julai 2011, akan bermula sesi praktikal atau latihan Klinikal di PLK Gombak bagi 11 orang pelatih ambilan DKP15/2009. Semoga anda semua dapat melapor diri di KSKB Sg. Buloh dengan lancar. Tahniah dan syabas! kerana anda semua telah berjaya terpilih bagi menjalani sesi latihan klinikal tersebut. Dan..Tahniah juga telah berjaya dalam peperiksaan akhir semester 4 yang lalu.

Dinasihatkan kepada para pelatih semua supaya sentiasa meningkatkan prestasi diri. Jadilah pelatih yang yang sentiasa disegani dan hormatilah sesiapa sahaja sama ada dalam urusan pembelajaran atau sebaliknya. Yang penting... disiplin anda... sentiasa menghargai masa.

Sebagai Jurulatih, saya akan sentiasa membimbing dan membantu dalam meningkatkan prestasi dalam pembelajaran. Di akhir ini ...jagalah peribadi dan nama baik KSKB kerana meskipun sedang menjalani praktikal anda semua masih berstatus pelatih KSKB. Pastikan anda sentiasa mengemaskini buku log dan diari harian masing-masing. Kemaskan juga uniform anda....Selamat menghadapi cabaran.....

Warga PKD Gombak sentiasa serius dalam melaksanakan tugas...

Tiada ulasan: