Khamis, 16 Februari 2012

Format Laporan Kajian DKP T3S2


PENULISAN LAPORAN KAJIAN TAHUN AKHIR
DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN T3S2
PUSAT LATIHAN KLINIKAL GOMBAK

Laporan yang disediakan hendaklah mempunyai elemen-elemen berikut:

Bil.
Topik
Aspek Perbincangan
Markah

Persembahan laporan
-             Kulit
-             Susunan/muka surat laporan
-            Persembahan penulisan
-            Bahasa dan ejaan
10


Isi Kandungan


Penghargaan


Abstrak
·     Ringkasan kepada kajian penyelidikan yang telah dijalankan, kebiasaannya ia ditulis di bahagian akhir sesuatu proses penulisan,
·     Abstrak  hendaklah ditulis dalam bentuk struktur atau tidak struktur, namun ianya mesti mempunyai komponen IMRAD didalamnya, INTRODUCTION, METHOD, RESULT  AND DISCUSSION.
·  Menulis seringkas dan padat tentang Pengenalan, Methodologi yang digunakan dalam kajian, Keputusan yang paling signifikan dan Membincangkan serba-sedikit tentang hasil kajian yang diperolehi.
·    Panjang Abstrak kebiasaannya diantara 200* hingga 250* perkataan sahaja.
5

BAB 1
Pendahuluan

·        Umumkan subjek dan latarbelakang kajian (masalah yang ada yang membawa kepada kajian dijalankan-mengapa perlu kajian ini dijalankan).
·      Menyokongnya dengan literasi, jurang yang wujud, justifikasi kajian yang bakal dijalankan.
·          Penyataan masalah (buatkan satu kenyataan berdasarkan apa yang ditulis di  atas).
·          Kepentingan Kajian (Perihalkan kepentingan hasil kajian)

10

BAB 1
Objektif
1.        Umum
·     Kebiasaannya hanya satu objektif umum sahaja yang terdapat dalam sesuatu kajian

2.        Khusus
·    Mempunyai beberapa elemen yang akan khusus yang menerangkan  objektif umum secara terperinci
·      Hipotesis Nul - Bertujuan menguji objektif khusus dalam sesuatu kajian. (sekiranya graduan menggunakan statistik inferensi dalam kajiannya)

Contoh :
o Membandingkan taraf  kebersihan premis makanan diantara kawasan
o Membandingkan antara tahap kebersihan diantara   coffee-house, restoran, dan gerai tepi jalan
10

BAB2
Literature review (Ulasan karya lepas)
Membuat rujukan kepada kertas saintifik/buku samada dalam bentuk elektronik atau “hard Copy” tentang kajian-kajian yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji ke atas topik kajian
5

BAB 3
Methodologi
Menerangkan tentang elemen ‘ BAGAIMANAKAH” kajian dijalankan dan penulisan hendalah meliputi komponen

·          Lokasi / tempoh kajian
·          Kaedah kajian – kaedah sampel / pemilihan sampel / saiz
·          Pengumpulan Data - Alat Kajian yang digunakan.
·          Bagaimanakah kutipan data dilakukan.
·          Analisa data – perisian komputer / ujian statistik digunakan




5
5
5
5
5

BAB 4
Hasil kajian dan perbincangan
1.        Penerangan ringkas tentang sampel kajian.
·    Penerangan tentang hasil kajian - Perihalan / Inferensi (sekiranya ujian statistik) digunakan.
2.        Bincangkan tentang hasil kajian
·          Apa yang telah diperolehi dari kajian.
·          Bandingkan dengan kajian-kajian yang terdahulu.
·       Bincangkan kenapa terdapat persamaan / percanggahan dengan kajian lalu.
10




10



BAB 5
Rumusan dan cadangan
·          Merumuskan hasil kajian yang telah diperolehi.
·     Cadangkan apakah yang perlu dilakukan oleh pihak berkaitan dengan hasil kajian yang telah diperolehi.
·          Cadangkan kajian masa depan yang perlu dijalankan berdasarkan limitasi yang terdapat dalam kajian anda.

Contohnya:
Kajian beliau tentang tahap kebersihan tidak termasuk elemen biokimia atau pengambilan sampel makanan atau persekitaran, maka beliau boleh mencadangkan agar elemen ini dimasukkan dalam kajian seumpamanya di masa depan.
5


Rujukan / biblografi
·    Senarai rujukan yang telah digunakan dalam menghasilkan laporan kajian ini.
·          Meliputi buku, jurnal scientific, ilmiah, laporan dan sebagainya.
·          Pelatih digalakkan untuk menggunakan jurnal scientific sebagai asas rujukannya memandangkan ianya telah melalui proses “ulasan” (review) yang ketat berbanding dengan sumber-sumber lain.

Contoh;
Sekiranya pelatih membuat rujukan dari kertas saintifik, maka beliau perlu meletakkan nama pengarang, tajuk kertas saintifik yang telah dirujuk, Tajuk jurnal di mana kertas saintifik itu diterbitkan, tahun, jilid dan mukasurat. 

Fungladda, W., Sornmanu,s. Health behavior, treatment seeking pattern for patients visiting malaria clinics in Western Thailand. South East Asian Journal of Tropical Medicine and Public Health1986;17(3):379-388
5


Appendik
  • Borang soal-selidik dan jadual-jadual hendaklah dimasukkan dalam bahagian ini.
5



Jumlah
100


Peringatan !
          SEMUA PENULISAN HASIL KAJIAN HENDAKLAH ASLI SAMADA DARI SEGI DATA ATAU IDEA YANG DIGUNAKAN, PEMALSUKAN DATA KAJIAN ATAU PALAGIAT MERUPAKAN KESALAHAN BESAR DALAM DUNIA AKADEMIK.

Disediakan oleh :                Mazlan Bin Mansor
                                                Pengajar U41 / Jurulatih PLK Gombak.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thanks a lot en.mazlan

affandi samad berkata...

thanks a lot en.mazlan..