Ahad, 13 November 2011

Ulangkaji T3S1 SANITASI BANGUNAN

Soalan Ulangkaji

SOALAN 1

Sebagai Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Kesihatan Am, anda telah menerima satu set pelan bangunan berkaitan dengan permohonan mendirikan sebuah rumah banglo 2 tingkat yang mempunyai 5 bilik kediaman dan 3 bilik air. Banglo ini dibina untuk didiami oleh 10 orang penghuni.

a.
Nyatakan kapasiti minima untuk binaan tangki septik bagi rumah tersebut [ 3 markah ]

b.
Jelaskan keluasan minima bagi setiap bilik kediaman di dalam rumah tersebut. [ 5 markah ]

c.
Dengan bantuan carta alir,huraikan bagaimana prosedur penyemakan pelan bangunan tersebut akan dijalankan. [ 12 markah ]





Soalan 2
Setiap tahun Malaysia menghadapi bencana alam seperti banjir, kemarau, tanah runtuh dan sebagainya.


Jelaskan definisi bencana alam.                                                                  [ 4 markah ]

Huraikan tindakan anda sebagai seorang PPKP
i) Semasa menghadapi bencana alam banjir di tempat anda. [ 8 markah ]
ii) Selepas menghadapi bencana alam banjir di tempat anda. [ 8 markah ]

 

SOALAN 3

Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) di daerah anda bertugas telah menghantar satu set pelan pembinaan sebuah bandar baru di daerah tersebut untuk semakan dan ulasan
Hasil daripada semakan anda, didapati kawasan yang dicadangkan sebagai kawasan penempatan terlalu hampir dengan kawasan perindustrian.

a.
Huraikan LIMA ( 5 ) prinsip –prinsip rumah sihat yang perlu dipatuhi supaya kesihatan dan keselamatan penduduk terjamin . [ 10 markah ]

b.
Huraikan kebaikan dan keburukan melaksanakan penzonan untuk perancangan bandar baru tersebut. [ 10 markah ]

JAWAPAN SOALAN 1


a.
Kapasiti minima tangki septik :
10 orang  x  50 gelen/org   =   500 gelen        - ( 3 markah untuk jawapan tepat )

b.
Keluasan minima bagi setiap bilik – [ Peraturan 42.(1) ] :
- Luas bilik kediaman yang pertama dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 11 m2
- Luas bilik kediaman yang kedua dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 9.3 m2
- Luas bilik kediaman yang lainnya ( bilik 3, 4 dan 5 ) dalam sesuatu bangunan  kediaman hendaklah tidak kurang daripada 6.5 m2                   
                                             [1 markah bagi setiap jawapan / bilik = 5  markah]

 

c. Prosedur Penyemakan Pelan Bangunan :
  1. Permohonan diterima daripada PBT
  2. Rekod dalam Buku Daftar
  3. Semak Pelan
  4. Pemeriksaan Tapak
  5. Ulasan ke atas Pelan dan Tapak
  6. Deraf Ulasan dan komen / cadangan
  7. Rujuk kepada PPKP U32 / U 36 / MOH
  8. Penyediaan Ulasan
  9. Ulasan dihantar ke PBT
                              [12 markah - pastikan diberi satu @ dua contoh yg releven]

 JAWAPAN SOALAN 2

a.     Suatu perubahan keadaan alam sekitar yang membawa keburukan kepada cara-cara kehidupan biasa dan mendedahkan mangsa-mangsanya kepada unsur-unsur alam sekitar yang rosak dan merbahaya.
 
b.     i)  Pasukan Kesihatan bertugas melawat ke setiap pusat pemindahan dan kawasan yang terlibat dengan banjir setiap hari untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit melalui: 
  • mengawasi kebersihan alam sekitar, termasuklah sanitasi, pencahayaan dan pengudaraan.
  • mencegah pembiakan vektor lalat, lipas dan tikus.
  • mengawasi dan memastikan bekalan air yang selamat.
  • mengawasi dan memastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang dibekalkan dan disediakan.
  • memberikan pendidikan kesihatan mengenai penyakit berjangkit, kebersihan alam sekitar, keselamatan air, makanan, dll.
  • melaporkan keadaan mangsa banjir dan tindakan pencegahan yang telah diambil kepada Urusetia Bilik Gerakan Banjir daerah.
  • memberikan imunisasi Tifoid kepada setiap pengendali makanan yang terlibat dalam penyediaan makanan
  • mengawasi dan mencegah perebakan penyakit berjangkit

                         ( 1 markah untuk setiap jawapan = 8 markah )

b. 


ii)  Pasukan Kesihatan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan pencegahan dan  Pengawalan penyakit berjangkit melalui :

  • Mengekalkan kebersihan alam sekitar dan sanitasi puat pemindahan yang masih beroperasi.
  • Meningkatkan pengawasan vector lalat, lipas, tikus dan nyamuk.
  • Memastikan bekalan air yang selamat diterima oleh penduduk yang terlibat dengan banjir, pengklorinan telaga, dll.
  • Meningkatkan aktiviti persampelan dan pemeriksaan kualiti air minum di kawasan yang terlibat.
  • Memberikan khidmat nasihat teknikal bagi pembinaan tandas baru, pelupusan sisa pepejal dan air perlimbahan kepada penduduk yang terlibat.
  • Meningkatkan aktiviti persampelan makanan dan pemeriksaan premis makanan di kawasan yang terlibat.
  • Meneruskan aktiviti pendidikan Kesihatan.
  • Meneruskan aktiviti pengawasan terhadap kejadian diarea dan demam denggi di kawasan yang terlibat.

                                                                      ( 1 markah untuk setiap jawapan = 8 markah )



 Jawapan Soalan 3
a.
Prinsip-prinsip rumah sihat :
i.      Perlindungan daripada agen dan vektor penyakit berjangkit
-    bekalan air selamat
-    sistem pembentungan yang sempurna
-    pelupusan sisa pepejal dan air limbah yang sempurna
-    sistem perparitan air permukaan
-    kebersihan diri dan domestik
-    kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan
ii.     Perlindungan daripada kecederaan dan penyakit kronik
-    struktur rumah dan susunatur perabut
-    kawasan persekitaran rumah
-    penggunaan bahan kimia di rumah
iii.    Kesihatan mental
-   kecukupan keperluan rumah
-   status sosial
-   keadaan persekitaran
-   mengawal punca-puca stress : ekonomi, kesesakan, keganasan, keselamatan  fizikal dan harta benda, privacy dll.
iv.      Persekitaran
-   lokasi rumah : bebas dari jenayah pencemaran, hazad, kesesakan jalanraya masalah sosial dll.
-   kemudahan dan perkhidmatan asas yang hampir dan mencukupi eg. Sekolah, pasar, masjid dll.
v.       Hal-hal kepenggunaan
vi.      Penduduk berisiko


( 2 ½ markah bagi mana-mana 4 jawapan dan huraian = 10 markah )

b).  KEBAIKAN
  • Mewujudkan masyarakat yang bebas dari penyakit berjangkit
  • Mewujudkan masyarakat yang bebas dari penyakit tidak berjangkit
  • Mewujudkan kesihatan mental yang baik di kalangan masyarakat
  • Mewujudkan kawasan persekitaran yang sihat dan selamat kepada masyarakat
  • Menyedia dan memelihara hak-hak masyarakat
 KEBURUKAN
  • Memerlukan kos yang tinggi untuk perancangan
  • Memerlukan kawasan yang luas
  • Memerlukan tenaga kerja yang ramai
  • Memerlukan sistem pengangkutan yang efisien
  • Memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi untuk seluruh kawasan



                          ( 1 markah untuk mana-mana jawapan )




Soalan 4
Salah satu aktiviti dalam sistem pengurusan sisa pepejal ialah pengutipan sampah sarap dari rumah kediaman ,pasar,pasaraya,dan lain-lain tempat.
  1. Terangkan hazad-hazad yang mungkin boleh berlaku dari segi pengendalian secara manual semasa menjalankan aktiviti tersebut.(5M)
  • Hazad kimia : bahan alkali asid,pelarut organic,wap,gas beracun. 
  • Hazad fizikal : kebisingan,suhu panas,getaran,tekanan berlebihan. 
  • Hazad biologi : bacteria,virus,serangga,hama. 
  • Hazad ergonomic : tugas berat yang menggunakan tangan, keadaan badan yang bengkok,tugas yang memerlukan pergerakan berulang. 
  • Hazad psikososial : tekanan kerja ,beban kerja berlebihan,tiada sokongan rakan sekerja,tiada kepelbagaian kerja.

  1. Terangkan ciri alat perlindungan diri yang perlu digunakan oleh pekerja berkenaan. (5M)
  • Perlindungan mata : cermin mata keselamatan yang mudah dibawa,kanta tidak bercalar dan bersih jenis plastic.
  • Perlindungan kaki : kasut keselamatan diperlukan,kasut steeltoe.
  • Perlindungan tangan : sarung tangan tahan bahan kimia untuk melindungi daripada kesan bahan kimia.
  • Perlindungan pendengaran : Ear Plug bergetah berwayar@tanpa wayar
  • Perlindungan pernafasan : Guna Dist/Mist respirator

.






Tiada ulasan: