Jumaat, 16 Julai 2010

Oreintasi MMP Julai 2010

Selamat Datang...

Dan TAHNIAH !!... kerana anda berjaya terpilih untuk membina kerjaya masa depan anda di KKM seterusnya menjadi warga KSKB yang disegani....







Orientasi sudah seminggu berlalu, pantas rasanya masa beredar dan kini tibanya masa untuk menumpukan sepenuhnya perhatian dan tanggungjawab serta amanah pada diri pelatih-pelatih semua.

Syabas ! Kepada anda pelatih-pelatih kerana berjaya menyempurnakan aktiviti wajib orientasi MMP di KSKB ini. Salam dan sejahtera dari saya untuk semua. Secara peribadi saya merasa amat berbangga dan berterima kasih atas kerjasama semua pihak terutamanya barisan para fasilitator, MPP dan JKO dalam menjayakan program ini.


Aktiviti yang memerlukan teamwork dan skill management..

Selama 4 hari 4 malam pelatih-pelatih telah bertungkus lumus dengan tekun mengaharungi pelbagai ujian untuk membentuk jati diri disamping mengukur kemampuan kecergasan anda. Dan akhirnya anda telah berjaya melaluinya dengan penuh berhemah dan berdisplin, dan menepati masa. Selain dari membina jati diri, program MMP ini juga berupaya mencungkil bakat-bakat yang tersembunyi serta memaparkan kebolehan diri. Inilah yang dimaksudkan dengan permata yang belum digilap. Dengan penghayatan penjalanan orientasi ini, saya amat yakin, anda telah pun dapat memahami dan mengambarkan apakah tujuan sebenar program orientasi ini. Syukur alhmadulillah anda berjaya akhirnya.


Untuk Sesi Orientasi Julai 2010 kali ini, seramai lebih kurang 604 orang calon pelatih telah menjalankan program MMP ini. Sepanjang program ini pihak penganjur mendapati keseluruhan pelatih telah berjaya mengikuti aktiviti sehingga sempurna manakala terdapat juga sebahagian kecil yang tidak dapat mengikuti aktiviti atas masalah kesihatan dan sejarah perubatan sebelum ini. Semua pelatih-pelatih yang sakit telahpun menerima rawatan di hospital dan ada yang rehat di bilik sick bay. Tahniah! Kepada jawatan kuasa Eksko kebajikan dan JKO yang prihatin dan komited menguruskannya.

Berbangga bila telah sempurnakan aktiviti terakhir...


Sebahagian aktiviti LDK bersama Fasilitator dan JKO

 
Walaupun orientasi kali ini tempohnya tidak lama orientasi seperti sebelum ini, tetapi pengisian aktiviti dan pendekatannya tetap sama. Oleh itu pihak penganjur terpaksa mengurangkan bilangan aktiviti dalam kumpulan serta mengecilkan saiz kumpulan bagi menggelakkan masa lama untuk satu-satu pemainan. Alhamdulillah, objektif sebenarnya telah pun tercapai. Penyempurnaan majlis penutup merupakan kemuncak perlaksanaan aktiviti orientasi sesi Julai 2010. Detik itu juga, hasil penerapan nilai-nilai murni telah diterjemahkan oleh oleh pelatih-pelatih sendiri. Sejauh mana peranan yang telah dimainkan oleh jawatan kuasa program untuk menghasilkan produk MMP yang berupaya menguruskan diri dan meningkatkan imej koporat KSKB yang kita sayangi.


Menghayati perjalanan ceramah motivasi oleh Ustaz Farhan


Kesempatan ini saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Jawatan kuasa Induk Orientasi KSKB kerana telah memberi peluang dan kepercayaan kepada saya dan barisan Jawatan kuasa program MMP ini untuk menguruskan aktiviti sesi kali ini. Kepada semua pihak termasuklah Barisan Fasilitator, MPP, JKO, AJK Makanan, AJK Keselamatan yang menjayakan orientasi kali ini saya menghargai jasa anda semua. Kepada Urusetia bahagian HEP, terima kasih kerana tanpa kerjasama anda tidak mungkin kami dapat memantapkan perjalanan aktiviti ini.

Masih Tersenyum...
Jawatankuasa Exco Makanan bertungkus lumus menghidang makan untuk adik-adik pelatih




Serius membantu untuk pulih dari kecerderaan dan kekejangan...  

 
Dengan berakhirnya sesi MMP ini, saya berharap kepada pelatih-pelatih baru dapat menyesuaikan diri dengan sebaiknya serta dapat membudayakan tradisi KSKB ke arah Menjana Kecemerlangan dalam pelbagai sudut. Majukan diri, kuatkan azam dalam pembelajaran, amalkan cara hidup yang sihat, jauhkan dari maksiat dan jangan sekali-kali tinggalkan solat. Hanya inilah sahaja benteng terakhir untuk memertabatkan kuailiti diri anda. Berdoalah supaya kita sentiasa mendapat perlindungan dan hidayah.

Barisan MPP dan JKO yang bersama menjayakan program MMP Julai 2010

 
Saya doakan semoga anda semua cemerlang dalam pembelajaran di sini, sekaligus berjaya menjawat jawatan yang diceburi. Semoga sejarah hari ini akan mendorong kejayaan yang lebih gemilang...

Sekian dari saya, terima kasih dan selamat berjaya....

Dari Ketua Fasilitator, MMP Julai 2010_ Mazlan Mansor

Tiada ulasan: