Ahad, 13 November 2011

IHR kembali... sekadar Ulangkaji Jer...

Soalan 1
Jadual di bawah adalah ringkasan semakan boring bagi memohon menetapkan taraf kemasukan tiga buah kapal iaitu kapal A,B dan C ke Pelabuhan Klang.

Per
Kriteria
Status
A
B
C
1
Tarikh Sijil DC/DEC
Tamat

Θ

Belum Tamat
Θ


2
Kesihatan anak kapal dan penumpang
Sakit

x

Tiada
Θ


3
Kejadian pemyakit berjangkit di kalangan anak kapal dan penumpang
Ada


x
Tiada
Θ


4
Kematian anak kapal dan penumpang
Penyakit berjangkit


Θ
Penyakit tidak  berjangkit

x

5
Pelabuhan terakhir kapal berlabuh
Endemic

x

Epidemik


x
Luar kawasan endemic/ epidemic
Θ


6
Kematian tikus luar biasa di atas kapal
Ada


x
Tiada
Θ
x

7
Kehadiran penumpang haram (stowaway)
Ada

x

Tiada
Θ



     a)      Terangkan taraf ketiga-tiga kapal di atas.   (3 markah)
        Status A- Kapal Bebas ( Free Vessel ) ( Bebas berlabuh Di Dermaga )
        Status B- Berlabuh di Dermaga dan pemeriksaan kesihatan kuarantin
        Status C- Kapal Kuarantin Di “ Quarantine Anchorage

     b)      Bincangkan arahan yang perlu anda berikan kepada ketiga-tiga kapal tersebut. (7 markah)

 
Soalan 2

Seorang agen pekerja asing membawa masuk beberapa orang pekerja yang baru mendarat dari kapal. Terangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang.   (10 markah)       



Bahagian 1-Esei Panjang

Soalan 1
Anda bertugas di Pejabat KesihatanPelabuhan Kuching. Pada suatu hari anda menerima notifikasi melalui fax/telex dari sebuah kapal membawa barangan makanan dari Pelabuhan Hanoi dan sedang menuju ke Pelabuhan Kuching. Notifikasi kapten kapal tersebut mengatakan bahawa 8 orang daripada kesemua 21 orang anka kapal sedang mengalami penyakit dan syaki mengidap penyakit plague dengan tanda dan gejala “high fever,prostration,delirium,acute inflamed and awellings of lymph nodes”. Notifikasi awal juga mengatakan ada terjumpa beberapa bangkai tikus dalam kapal tersebut.

     a)      Huraikan tindakan segera yang anda akan lakukan dari aspek pentadbiran untuk mengawal keadaan termasuk pengutakuasaan Undang-Undang atau Peraturan-Peraturan.(8 markah)
     b)      Terangkan dari aspek teknikal tindakan anda bagi membantu pesakit dan kerja kawalan yang perlu untuk mencegah penyakit tersebut dari terus merebak. (8 markah)

     c)       Terangkan langkah-langkah kawalan yang perlu dipertingkatkan oleh pihak Kesihatan Pelabuhan Kuching supaya penyakit tersebut tidak akan merebak ke kawasan lain di Negeri Sarawak. (4 markah)


Soalan 2

Satu kontena sayur kubis di import dari oleh Syarikat Nekwat sdn Bhd, Kuala Lumpur untuk pasaran tempatan. Mengikut rekod-rekod terdahulu, sayur kobis yang diimport dari Negara berkenaan dikesan mengandungi baki sisa racun makhluk perosak melebihi paras yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Syarikat berkenaan memohon untuk pelepasan segera bagi mengelakkan kerosakan dan mengalami kerugian besar. Sebagai seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di pintu masuk;

     a)      Terangkan prosedur yang perlu dilakukan terhadap sayur kobis dalam kontena tersebut. (10 markah)

     b)      Jelaskan tindakan yang perlu anda lakukan terhadap permohonan syarikat berkenaan. (10 mrkah)



Esei pendek

Soalan 1
Kapal bunga kemboja belayar terus dari Vietnam dengan muatan kargo beras dijadualkan tiba di kawasan pelabuhan Klang pada esok hari.Agen kapal tersebut menyatakan anak-anak kapal mengadu terdapat kematian tikus luar biasa di dalam kapal tersebut.

Bincangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh PPKP apabila kapal tersebut tiba di perairan Pelabuhan Klang.(10M)

Soalan 2
Seorang peniaga Malaysia telah meningggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Selatan Thailand.Ahli keluarganya berhasrat membawa balik mayat mendiang menggunakan kenderaan darat melalui Rantau Panjang,Kelantan.
Terangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh PPKP di Pintu Masuk Rantau Panjang.(10M)

Esei panjang

Soalan 1
Anda sebagai PPKP di PK Pelabuhan Klang telah menerima notis ketibaan kapal MISC lima hari setelah berlepas dari sebuah pelabuhan Negara Afrika Barat yang diwartakan sebagai kawasan wabak Hawar oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO).
  1. Terangkan tindakan yang perlu anda lakukan . (10M)
  2. Pemeriksaan ke atas anak-anak kapal mendapati ada di antaranya mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit hawar.Terangkan tindakan anda selanjutnya. ( 10M )

Soalan 2
Beberapa orang Pengurus Gudang di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang mengadu terdapat peningkatan Urungan rodensia di kawasan mereka.Selaku PPKP Unit Vektor, anda diminta untuk menyelesaikan aduan tersebut.
Jelaskan tindakan yang perlu anda lakukan.(20M)


Ade lagi sikit....semoga dapat membantu ...


Kawasan Operasi dan Pentadbiran Kesihatan

Soalan 1

Pejabat kesihatan daerah di tempat anda bertugas bercadang menganjurkan kerja gotong-royong untuk mengurangkan tempat pembiakan nyamuk aedes di satu lokaliti.
  1. Senaraikan empat agensi atau pertubuhan sukarela tempatan yang boleh membantuu menjayakan program ini. (2m)
  2. Terangkan peranan yang boleh dimainkan oleh setiap agensi atau pelabuhan yang telah anda senaraikan di atas.(8m)
·         Majlis perbandaran:menyediakan pengangkutan dan peralatan untuk aktiviti gotong royong.
·         Jabatan bomba dan penyelamat : membersihkan saliran air tersumbat dan yang boleh menakung air.
·   Jabatan penerangan : membuat hebohan kepada masyarakat mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
·         JKK : memberi sokongan penyertaan semua ahli/penduduk kampong
·         Rela : membantu membersihkan kawasan yang berkemungkinan pembiakan jentik-jentik.

Soalan 2

Satu wabak keracunan makanan telah dilaporkan di sebuah sekolah berasrama penuh. Setelah siasatan dijalankan didapati berpunca dari dapur asrama.
Terangkan peranan yang diaminkan oleh pihak sekolah dalam membantu jabatan kesihatan menanggani kes tersebut supaya tidak berulang di masa hadapan. (10m)

·         Membina jadual harian kebersihan.
·         Melaporkan kepada pjbt kesihatan secepat mungkin sekiranya  berlaku kes
·         Memeriksa kebersihan didapur asama seminggu sekali
·         Mengadakan kursus pengendalian makanan.
·         Merujuk rekod-rekod dari kkm sebelum memberi tender kpd pengusaha makanan.
·         Mewujudkan j/k khas pemantauan pengusaha kantin.
·         Menyediakan kantin yang baik mengikut garispanduan yang telah ditetapkan.
·         Membuat tindakan yang dicadangkan oleh pkd.

Soalan 3

Anda baru sahaja melaporkan diri sebagai ppkp di unit bakas di pejabat kesihatan daerah.
Terangkan perkara-perkara yang perlu anda ketahui dari segi pentadbiran sebelum menjalankan tugasan dalam unit tersebut. (10m)

·         Peta kawasan operasi
·         Bilangan ahli pekerja bawahan
·         Bilangan projek-projek yang telah,sedang dan akan dijalankan
·         Objektif,visi misi
·         Kewangan unit dari segi peruntukan yang boleh dibuat
·         Menyenaraikan peralatan yang ditinggal dan tidak mencukupi
·         Melihat reten-reten sebelum ini.
·         Melihat fail meja
·         Melihat pekeliling dan tugas-tugas unit bakas.


 Soalan 4

Anda diminta oleh Peg. Kesihatan Daerah untuk menjalankan satu mesyuarat berhubung kempen anti merokok di kawasan sekolah. Untuk menjadikan mesyuarat berjalan lancar, terangkan persiapan awal sebelum dan semasa mesyuarat dijalankan. (10m)

Sebelum mesyuarat
·         Persediaan surat menyurat
·         Persediaan tempat
·         System fail
·         Agenda mensyuarat

Semasa mesyuarat
·         Agenda mesyuarat
·         Kata-kata aluan
·         Susunan aktiviti
·         Perwatakan
·         Kepimpinan
·         Kerjasama ahli
·         Bertegas dalam membuat keputusan
·         Suasana mesyuarat
·         Percambahan fikiran
·         Nada suara
·         Bahasa
·         Buah fikiran
·         Peluang ahli bersuara
·         Keputusan mesyuarat


Soalan 5

Kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK) telah pun diperkenalkan sekitar tahun 90an dikalangan agensi kerajaan. Sebagai anggota kerajaan anda tidak terkecuali daripada menjalankan aktiviti tersebut.

  1. Terangkan maksud kmk tersebut.(2m)
·         Sekumpulan kecil yang terdiri daripada 6-10 orang darpd unit yang sama,mereka bermesyuarat untuk mengenalpasti,memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka.kumpulan ini memberi cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan.stlh keputusan dibuat,kumpulan ini akan melaksanakan cadangan tersbut.
b. Nyatakan prinsip atau elemen yang terdapat dalam kumpulan meningkatkan mutu kerja. (8m)
·         Pekerja diiktiraf sebagai sumber yang berharga
·         Majukan pekerja sbg ahli yang berguna
·         Penyertaan pekerja dan sokongan semua peringkat
·         Bekerja secara berkumpulan
·         Kreativiti sentiasa digalakkan
·         Projek adalah berkaitan dengan tugas2 harian
·         Mempertingkatkan kualiti kerja
·         Dorongan kerja yang tinggi


Soalan 6

Selaku seorang ppkp anda perlu mengadakan mesyuarat dengan kakitangan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

a)      Terangkan persediaan awal sebelum mesyuarat dijalankan.
·         Pemilihan lokasi
·         Tarikh dan masa mesyuarat
·         Surat jemputan
·         Penyediaan peralatan
·         Agenda mesyuarat
·         System fail

b)     Nyatakan kriteria yang anda perlukan bagi menjadi seorang pengerusi supaya mesyuarat berjalan lancar.

·         Tidak berat sebelah
·         Boleh kawal suasana mesyuarat,elak berlaku pertelingkahan
·         Memberi peluang kepada semua ahli untuk bercakap
·         Memastikan penyertaan dr semua ahli
·         Datang awal untuk menepati masa.

Soalan 7

Anda selaku penyelia yang menjaga unit vektor, mendapati En Abdullah Ali, seorang PKA telah didapati tidak hadir bertugas tanpa sebab selama lima hari bekerja berturut-turut.

a)  Berpandukan kepada maklumat diatas,terangkan tindakan yang boleh anda lakukan terhadap penjawat awam tersebut.

·         Menghubungi PKA
·         Membincangkan masalah yang dihadapi
·         Menasihati PKA
·         Meminta membuat surat tunjuk sebab
·         Membuat surat kepada peg kesihatan daerah
·         Menyuruh mendapatkan rawatan dihospital sekiranya masalah itu berpunca dr penyakit.
-           
b)     Tuliskan satu surat rasmi kepada peg kesihatan daerah mengenai ketidakhadiran penjawat awam tersebut

·         Surat seperti surat rasmi biasa..
·         Per : Ketidakhadiran penjawat awam.

Soalan 8

Kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK) telah pun diperkenalkan sekitar tahun 90an dikalangan agensi kerajaan. Sebagai anggota kerajaan anda tidak terkecuali daripada menjalankan aktiviti tersebut.
  
a). Terangkan maksud kmk tersebut. (2m)
 ·         Sekumpulan kecil yang terdiri daripada 6-10 orang darpd unit yang sama,mereka bermesyuarat untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka.kumpulan ini memberi cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan. Setelah keputusan dibuat, kumpulan ini akan melaksanakan cadangan tersbut.


b). Nyatakan prinsip atau elemen yang terdapat dalam kumpulan meningkatkan mutu kerja. (8m)

·         Pekerja diiktiraf sebagai sumber yang berharga
·         Majukan pekerja sbg ahli yang berguna
·         Penyertaan pekerja dan sokongan semua peringkat
·         Bekerja secara berkumpulan
·         Kreativiti sentiasa digalakkan
·         Projek adalah berkaitan dengan tugas2 harian
·         Mempertingkatkan kualiti kerja
·         Dorongan kerja yang tinggi

Lagi Soalan CDC T3S1... he he...


Soalan 1
Satu kes demam denggi dilaporkan berlaku di Felda Trolak, Perak. Empat kes lagi Demam Denggi dilaporkan berlaku di tempat yang sama sepuluh hari kemudian.
  1. Terangkan langkah yang perlu anda lakukan apabila menerima laporan pertama.(5M)
-          Terima notifikasi dr hospital
-          Bincang dengan PPKP U36
-          Daftar dalam buku rekod
-          Persiapan peralatan
-          Menemuduga pesakit dan kontek
-          HE
-          Hantar laporan awal.
-          Pengawasan jentik-jentik
-          Semburan kabus sekitar 200 m dr rumah pesakit
-          Memusnahkan tempat pembiakan
-          Abate 1% SG dibubuh dalam bekas simpanan air.

  1. Terangkan tindakan seterusnya apabila menerima laporan-laporan kedua. (10M)
  • Buka bilik gerakan wabak
  • Berbincang dgn peg keshtan.
  • Tubuhkan 3 pasukan( siasatan.kawalan dan perubatan)
  • Menemuduga pesakit dan kontek
  • Mencari punca penyakit
  • Membuat pemeriksaan kebersihan dirumah.
  • Jika wabak dengan tiba-tiba,hentikan kitaran virus dengan mencegah transmisi dan turunkan kepadatan vector keparas serendah mungkin.
  • Ultra low volume spraying ULV/semburan isipadu ultraringan-400m radius dulangi 1-10 hari
  • Pengawasan jentik-jentik
  • Memusnahkan tempat pembiakan
  •  Abate 1% SG dibubuh dalam bekas simpanan air.

  1. Terangkan factor-faktor yang mungkin menyumbang ke arah peningkatan kes di kawasan tersebut. (5M)
  • Semburan kabus kurang berkesan,bancuhan tidak menepati spesifikasi dan teknik yang salah semasa mengendalikan.
  • Kurangnya kerjasama daripada penduduk
  • Sikap penduduk yang tidak tahu menjaga kebersihan.
  • System pelupusan sisa pepejal yang tidak sistematik,mengundang pembiakan jentik2.
  • Kurangnya tahap pengetahuan penduduk mengenai bahaya demam denggi.
  • Kekurangan tenaga kerja.
  • Lambat menerima notifikasi.
  • Tidak menjumpai kawasan pembiakan.

Soalan 2
Anda telah menerima dua notifikasi kes kolera dari hospital daerah yang melibatkan dua orang pekerja kilang yang sama.
  1. Apakah tindakan segera yang akan anda ambil setelah menerima notifikasi tersebut. (10M)
-          Menerima notifikasi dr hospital
-          Mendaftar dalam buku rekod
-          Berbincang dgn PPKP U36
-          Membuka bilik gerakan  wabak
-          Persiapan peralatan
-          Menubuhkan pasukan yg terdiri drpd pasukan siasatan,kawalan dan perubatan
-          Menemuduga pesakit dan kontek
-          Ambil sejarah makan dan pergerakan pesakit
-          Membuat kawalan kebersihan
-          Pendidikan kesihatan
-          Sediakan laporan awal dan hantar ke JKN
-          Laporan harian,mingguan,suku tahun lengkapkan
-          Rekod dan failkan laporan

Hasil siasatan terhadap kedua-dua kes tersebut mendapati mereka kerap makan di sebuah kedai makan yang beroperasi dua puluh empat jam berhampiran kilang tempat mereka bekerja.
  1. Berdasarkan maklumat diatas,bncangkan tindakan yang perlu diambil keatas kedai makan tersebut. (5M)
-          Pengasingan pesakit
-          Mengambil rectal swab keatas pengendali
-          Memeriksa kebersihan premis
-          Swab permukaan seperti peralatan
-          Semburan lysol untuk disinfeksi..(1:10 luar premis,1:20 dalam premis)
-          Memusnahkan tempat pembiakan LILATI
-          Ambil sample air dan makanan

Hasil pemeriksaan keatas kedai makan berkenaan, didapati salah seorang pekerjanya dikesan sebagai pembawa sihat kolera.
  1. Bincangkan tindakan selanjutnya untuk mengawal wabak tersebut.(5M)
-          Mengasingkan pembawa sihat tersebut
-          Memberi rawatan sehingga ia betul2 pulih.
-          Bawa kepada hospital untuk dapatkan rawatan
-          Tidak membenarkan dia mengendalikan makanan
-          Siasat konteks
-          Beri pendidikan kesihatan.



Soalan 3
Anda bertugas sebagai PPKP di unit kawalan penyakit, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Sarawak. Pada jam 1.00 tengahari anda menerima notifikasi melalui telefon dari pegawai perubatan Hospital Kuching menyatakan seramai 22 pekerja serta ramai lagi , pekerja sebuah kilang elektronik, mengalami tanda seperti loya, muntah, sakit perut, cirit-birit dan berpeluh.
  1. Huraikan tindakan segera dan prosedur yang perlu anda lakukan untuk menyiasat punca kejadian termasuk aspek pentadbiran dan teknikal. (6M)
-          Siasat konteks
-          Siasat menu makanan
-          Dapatkan maklumat mengenai pesakit
-          Menemuduga pesakit.
-          Mengasingkan yang sakit dan tak sakit.
-          Mengenalpasti jenis makanan
-          Mengambil sample makanan.
-          Rectal swab
-          Ambil contoh air


  1. Senaraikan jenis sample atau spesimen yang perlu diperolehi.(2M)
-          Swab permukaan
-          Swab najis
-          Sample muntah
-          Sample makanan
-          Swab pengendali makanan

  1. Terangkan bagaimana prosedur mengambil salah satu specimen dan cara menghantarnya ke makmal untuk dianalisa.(6M)
-     Swab dubur
Sediakan lokasi, pakai PPE, panggil pesakit, suruh baring mengiring ke kiri, angkat kaki kanan sedikit,bengkokkan lutut, tgn kanan memegang lidi rectal, tgn kiri pegang botol bekas berisi APW, masukkan lidi rectal ke dalam dubur pesakit, masukkan sejauh 1 ½ inci ke dalam dan putar ikut arah jam, dan keluarkan melawan arah jam. Masukkan dalam apw, kemudian tutup dan labelkan.

Masukkan dalam box pastikan suhu 4-8 *C.

Isikan boring untuk menghantar sample.

  1. Terangkan tindakan yang akan diambil sekiranya keputusan analisis ke atas spesimen dari pengendali makanan kantin kilang tersebut,didapati positif dengan Exo-enterotoxins kuman Staphylococus aureus. (6M)
-          Kawalan setempat melalui semburan Lysol
-          Pemusnahan tempat-tempat pembiakkan LILATI

Soalan 4

Jururawat di daerah tempat anda bertugas memaklumkan bahawa seorang pesakit , Ahmad Tarmizi,berumur 16 tahun, sedang dirawat kerana menghidap demam yang kuat, sakit kepala, suhu badan tinggi, bintik merah pada abdomen dan sembelit. Keputusan spesiman darahnya positif Salmonella typhi.

a.      Berdasarkan keputusan makmal diatas, nyatakan jenis penyakit tersebut. (1M)
-          Demam kepialu

b.      Terangkan langkah yang perlu anda lakukan selepas menerima laporan ini. (9M)
-          Menerima notifikasi dari hospital
-          Mendaftar dalam buku rekod
-          Berbincang dgn PPKP U36
-          Membuka bilik gerakan  wabak
-          Persiapan peralatan
-          Menubuhkan pasukan yg terdiri drpd pasukan siasatan,kawalan dan perubatan
-          Menemuduga pesakit dan kontek
-          Ambil sejarah makan dan pergerakan pesakit
-          Membuat kawalan kebersihan
-          Pendidikan kesihatan
-          Sediakan laporan awal dan hantar ke JKN
-          Laporan harian,mingguan,suku tahun lengkapkan
-          Rekod dan failkan laporan

c.  Tiga hari kemudian, Ahmad tarmizi meninggal dunia di hospital kerana penyakit berkenaan...Terangkan bagaimana anda menguruskan jenazah tersebut. (10 M)