Wednesday, April 6, 2011

Lagi Contoh SOALAN...

KESIHATAN PERSEKITARAN & TEKNOLOGI BANGUNAN

SOALAN 1


Satu wabak denggi telah berlaku di kampong Bahagia dalam kawasan operasi anda dimana aktiviti pengasapan perlu dijalankan. Sebagai penyelia PPKP dalam operasi ini, anda bertanggungjawab untuk memastikan pekerja menjalankan pengasapan ini dengan selamat.


a) Sediakan carta aliran yang menunjukkan langkah proses pengasapan ( 5 markah )

1. Sediakan peralatan – mesin, minyak, bahan residu, peralatan pelindungan dll.
2. Buat penyelenggaraan terhadap peralatan yang akan digunakan
3. Pastikan semua peralatan mencukupi
4. Pergi ke lapangan
5. Membuat pengumuman tentang kerja – kerja pengasapan yang akan dijalankan.
6. Mengisi minyak dan menyediakan bancuhan.
7. Melihat haluan dan arah angin
8. Memastikan semua penghuni telah keluar dari kediaman masing – masing
9. Memastikan semua binatang peliharaan seperti kucing, burung dan anjing telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat
10. Kerja – kerja pengasapan dimulakan.


b) Terangkan hazad yang mungkin berlaku semasa proses pengasapan ( 5 markah
1. Pekerja
• Terdedah kepada bahan kimia, racun, minyak dan sebagainya.
• Kecederaan pada anggota badan akibat postur yang tidak betul semasa mengangkat dan mengendalikan mesin.

2. Penduduk sekitar
• Masalah pernafasan
• Kemalangan akibat jarak penglihatan yang terhad berpunca dari asap yang tebal.
• Binatang peliharaan mati akibat kesan racun dari semburan


3. Makanan
• Tercemar dengan racun


SOALAN 2

Anda sebagai seorang PPKP yang menjaga Unit BAKAS. Peg. Kesihatan Daerah telah mengarahkan anda mereka bentuk sebuah stor BAKAS

a) Bincangkan ciri keselamatan dan kesihatan yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk stor tersebut ( 5 Markah )

1. mesti mempunyai lebih dari satu pintu
2. Susunan rak mesti mempunyai laluan untuk keluar masuk
3. Pemadam api perlu disediakan
4. Setor mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi
5. Pemasangan ‘grill’ pada pintu dan tingkap.
6. Mempunyai penunjuk arah sekiranya berlaku kecemasan
7. Mempunyai papan yang mengingatkan tentang ciri-ciri keselamatan


b) Cadangkan amalan atau prosedur mengenai kekemasan yang baik untuk setor apabila digunakan nanti. ( 5 Markah )

1. Mengamalkan konsep FIFO ( First In First Out )
2. Susunan rak yang teratur dan tidak berserabut
3. Setiap rak dilabelkan mengikut jenis barang yang diletak atau disimpan
4. Penggunaan kad pengeluaran barang dan borang catitan pengeluaran barang
5. Buku stok pelu disediakan untuk merekod setiap barang yang keluar dan masuk dari segi jenis, kuantiti dan sebagainya.
6. Penggunaan almari dan rak yang bersesuaian dengan barang yang disimpan
7. Alas / pallet digunakan untuk bahan-bahan yang mudah rosak seperti simen, fitting, zink & sebagainya.

Ulangkaji Soalan-Soalan PPKP T3S1

KAWASAN OPERASI DAN PENTADBIRAN KESIHATAN
TAHUN 2005

Soalan 1

Pejabat kesihatan daerah di tempat anda bertugas bercadang menganjurkan kerja gotong-royong untuk mengurangkan tempat pembiakan nyamuk aedes di satu lokaliti.

a. Senaraikan empat agensi atau pertubuhan sukarela tempatan yang boleh membantuu menjayakan program ini.(2M)

b. Terangkan peranan yang boleh dimainkan oleh setiap agensi atau pelabuhan yang telah anda senaraikan di atas.(8M)

- Majlis perbandaran:menyediakan pengangkutan dan peralatan untuk aktiviti gotong royong.
- Jabatan bomba dan penyelamat : membersihkan saliran air tersumbat dan yang boleh menakung air.
- Jabatan penerangan : membuat hebohan kepada masyarakat mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
- JKK: memberi sokongan penyertaan semua ahli/penduduk kampong
- RELA : membantu membersihkan kawasan yang berkemungkinan pembiakan jentik-jentik.



Soalan 2

Satu wabak keracunan makanan telah dilaporkan di sebuah sekolah berasrama penuh. Setelah siasatan dijalankan didapati berpunca dari dapur asrama.

Terangkan peranan yang diaminkan oleh pihak sekolah dalam membantu Jabatan Kesihatan menanggani kes tersebut supaya tidak berulang di masa hadapan.(10M)

- membina jadual harian kebersihan.
- Melaporkan kepada pjbt kesihatan secepat mungkin sekiranya berlaku kes
- Memeriksa kebersihan didapur asama seminggu sekali
- Mengadakan kursus pengendalian makanan.
- Merujuk rekod-rekod dari KKM sebelum memberi tender kpd pengusaha makanan.
- Mewujudkan j/k khas pemantauan pengusaha kantin.
- Menyediakan kantin yang baik mengikut garispanduan yang telah ditetapkan.
- Membuat tindakan yang dicadangkan oleh PKD.

Soalan 3

Anda baru sahaja melaporkan diri sebagai PPKP di unit BAKAS di Pejabat Kesihatan Daerah.

Terangkan perkara-perkara yang perlu anda ketahui dari segi pentadbiran sebelum menjalankan tugasan dalam unit tersebut.(10M)

- Peta kawasan operasi
- Bilangan ahli pekerja bawahan
- Bilangan projek-projek yang telah,sedang dan akan dijalankan
- Objektif,visi misi
- Kewangan unit dari segi peruntukan yang boleh dibuat
- Menyenaraikan peralatan yang ditinggal dan tidak mencukupi
- Melihat reten-reten sebelum ini.
- Melihat fail meja
- Melihat pekeliling dan tugas-tugas unit BAKAS.


TAHUN 2006

Soalan 1


-Same seperti soalan tahun 2005-

Soalan 2

Anda diminta oleh Peg.Kesihatan Daerah untuk menjalankan satu mesyuarat berhubung kempen anti merokok dikawasan sekolah. Untuk menjadikan mesyuarat berjalan lancer,terangkan persiapan awal sebelum dan semasa mesyuarat dijalankan.(10M)

Sebelum mesyuarat

- Persediaan surat menyurat
- Persediaan tempat
- System fail
- Agenda mensyuarat

Semasa mesyuarat
- Agenda mesyuarat
- Kata-kata aluan
- Susunan aktiviti
- Perwatakan
- Kepimpinan
- Kerjasama ahli
- Bertegas dalam membuat keputusan
- Suasana mesyuarat
- Percambahan fikiran
- Nada suara
- Bahasa
- Buah fikiran
- Peluang ahli bersuara
- Keputusan mesyuarat


Soalan 3

Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja(KMK) telah pun diperkenalkan sekitar tahun 90an dikalangan agensi kerajaan. Sebagai anggota kerajaan anda tidak terkecuali daripada menjalankan aktiviti tersebut.

a. Terangkan maksud KMK tersebut.(2M)

- Sekumpulan kecil yang terdiri daripada 6-10 orang darpd unit yang sama,mereka bermesyuarat untuk mengenalpasti,memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka.kumpulan ini memberi cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan.stlh keputusan dibuat,kumpulan ini akan melaksanakan cadangan tersbut.


b. Nyatakan prinsip atau elemen yang terdapat dalam Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja. (8M)

- Pekerja diiktiraf sebagai sumber yang berharga
- Majukan pekerja sbg ahli yang berguna
- Penyertaan pekerja dan sokongan semua peringkat
- Bekerja secara berkumpulan
- Kreativiti sentiasa digalakkan
- Projek adalah berkaitan dengan tugas2 harian
- Mempertingkatkan kualiti kerja
- Dorongan kerja yang tinggi

Tahun 2004

Soalan 1

Selaku seorang PPKP anda perlu mengadakan mesyuarat dengan kakitangan anda sekurang2nya sebulan sekali.

a) terangkan persediaan awal sebelum mesyuarat dijalankan.

- Pemilihan lokasi
- Tarikh dan masa mesyuarat
- Surat jemputan
- Penyediaan peralatan
- Agenda mesyuarat
- System fail


b) Nyatakan kriteria yang anda perlukan bagi menjadi seorang pengerusi supaya mesyuarat berjalan lancar.

- Tidak berat sebelah
- Boleh kawal suasana mesyuarat,elak berlaku pertelingkahan
- Memberi peluang kepada semua ahli untuk bercakap
- Memastikan penyertaan dr semua ahli
- Datang awal untuk menepati masa.

Soalan 2

Anda selaku Penyelia yang menjaga Unit Vektor,mendapati En Abdullah Ali,seorang PKA telah didapati tidak hadir bertugas tanpa sebab selama lima hari bekerja berturut-turut.

a) Berpandukan kepada maklumat diatas,terangkan tindakan yang boleh anda lakukan terhadap penjawat awam tersebut.

- Menghubungi pka
- Membincangkan masalah yang dihadapi
- Menasihati pka
- Meminta membuat surat tunjuk sebab
- Membuat surat kepada peg kesihatan daerah
- Menyuruh mendapatkan rawatan dihospital sekiranya masalah itu berpunca dr penyakit.


b) Tuliskan satu surat rasmi kepada peg kesihatan daerah mengenai ketidakhadiran penjawat awam tersebut

- Surat seperti surat rasmi biasa..
- PER : ketidakhadiran penjawat awam.


Soalan 3

Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja(KMK) telah pun diperkenalkan sekitar tahun 90an dikalangan agensi kerajaan. Sebagai anggota kerajaan anda tidak terkecuali daripada menjalankan aktiviti tersebut.

c. Terangkan maksud KMK tersebut.(2M)

- Sekumpulan kecil yang terdiri daripada 6-10 orang darpd unit yang sama,mereka bermesyuarat untuk mengenalpasti,memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka.kumpulan ini memberi cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan.stlh keputusan dibuat,kumpulan ini akan melaksanakan cadangan tersbut.


d. Nyatakan prinsip atau elemen yang terdapat dalam kumpulan meningkatkan mutu kerja. (8m)

- Pekerja diiktiraf sebagai sumber yang berharga
- Majukan pekerja sbg ahli yang berguna
- Penyertaan pekerja dan sokongan semua peringkat
- Bekerja secara berkumpulan
- Kreativiti sentiasa digalakkan
- Projek adalah berkaitan dengan tugas2 harian
- Mempertingkatkan kualiti kerja
- Dorongan kerja yang tinggi

Tuesday, April 5, 2011

Ulangkaji Soalan PPKP _ Kawalan Penyakit dan Pengawasan T3S1

TAHUN 2005


Soalan 1

Satu kes demam denggi dilaporkan berlaku di Felda Trolak, Perak.Empat kes lagi Demam Denggi dilaporkan berlaku di tempat yang sama sepuluh hari kemudian.

a. Terangkan langkah yang perlu anda lakukan apabila menerima laporan pertama.(5M)

- Terima notifikasi dr hospital
- Bincang dengan PPKP U36
- Daftar dalam buku rekod
- Persiapan peralatan
- Menemuduga pesakit dan kontek
- HE
- Hantar laporan awal.
- pengawasan jentik-jentik
- semburan kabus sekitar 200 m dr rumah pesakit
- memusnahkan tempat pembiakan
- Abate 1% SG dibubuh dalam bekas simpanan air.

*Nyatakan 1 atau 2 contoh bersama...


b. Terangkan tindakan seterusnya apabila menerima laporan-laporan kedua.(10M)

- buka bilik gerakan wabak
- berbincang dgn peg keshtan.
- Tubuhkan 3 pasukan( siasatan.kawalan dan perubatan)
- Menemuduga pesakit dan kontek
- Mencari punca penyakit
- Membuat pemeriksaan kebersihan dirumah.
- jika wabak dengan tiba-tiba,hentikan kitaran virus dengan mencegah transmisi dan turunkan kepadatan vektor keparas serendah mungkin.
- Ultra low volume spraying ULV/semburan isipadu ultraringan-400m radius dulangi 1-10 hari
- Pengawasan jentik-jentik
- memusnahkan tempat pembiakan
- Abate 1% SG dibubuh dalam bekas simpanan air.



c. Terangkan factor-faktor yang mungkin menyumbang ke arah peningkatan kes di kawasan tersebut.(5M)

- semburan kabus kurang berkesan,bancuhan tidak menepati spesifikasi dan teknik yang salah semasa mengendalikan.
- Kurangnya kerjasama daripada penduduk
- Sikap penduduk yang tidak tahu menjaga kebersihan.
- System pelupusan sisa pepejal yang tidak sistematik,mengundang pembiakan jentik2.
- Kurangnya tahap pengetahuan penduduk mengenai bahaya demam denggi.
- Kekurangan tenaga kerja.
- Lambat menerima notifikasi.
- Tidak menjumpai kawasan pembiakan

Soalan 2

Anda telah menerima dua notifikasi kes kolera dari hospital daerah yang melibatkan dua orang pekerja kilang yang sama.

a. Apakah tindakan segera yang akan anda ambil setelah menerima notifikasi tersebut.(10M)
- menerima notifikasi dr hospital
- mendaftar dalam buku rekod
- berbincang dgn PPKP U36
- membuka bilik gerakan wabak
- persiapan peralatan
- menubuhkan pasukan yg terdiri drpd pasukan siasatan,kawalan dan perubatan
- menemuduga pesakit dan kontek
- ambil sejarah makan dan pergerakan pesakit
- membuat kawalan kebersihan
- pendidikan kesihatan
- sediakan laporan awal dan hantar ke JKN
- laporan harian,mingguan,suku tahun lengkapkan
- rekod dan failkan laporan

*Nyatakan 1 atau 2 contoh bersama...


Hasil siasatan terhadap kedua-dua kes tersebut mendapati mereka kerap makan di sebuah kedai makan yang beroperasi dua puluh empat jam berhampiran kilang tempat mereka bekerja.

a. Berdasarkan maklumat diatas,bncangkan tindakan yang perlu diambil keatas kedai makan tersebut. (5M)

- pengasingan pesakit
- mengambil rectal swab keatas pengendali
- memeriksa kebersihan premis
- swab permukaan seperti peralatan
- semburan lysol untuk disinfeksi..(1:10 luar premis,1:20 dalam premis)
- memusnahkan tempat pembiakan LILATI
- ambil sample air dan makanan


Hasil pemeriksaan keatas kedai makan berkenaan,didapati salah seorang pekerjanya dikesan sebagai pembawa sihat kolera.

a. Bincangkan tindakan selanjutnya untuk mengawal wabak tersebut.(5M)

- mengasingkan pembawa sihat tersebut
- memberi rawatan sehingga ia betul2 pulih.
- Bawa kepada hospital untuk dapatkan rawatan
- Tidak membenarkan dia mengendalikan makanan
- Siasat konteks
- Beri pendidikan kesihatan.


TAHUN 2006

Soalan 1

Anda bertugas sebagai PPKP di unit kawalan penyakit,Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching,Sarawak.Pada jam 1.00 tengahari anda menerima notifikasi melalui telefon dari pegawai perubatan Hospital Kuching menyatakan seramai 22 pekerja serta ramai lagi , pekerja sebuah kilang elektronik,mengalami tanda seperti loya, muntah,sakit perut, cirit-birit dan berpeluh.

a. Huraikan tindakan segera dan prosedur yang perlu anda lakukan untuk menyiasat punca kejadian termasuk aspek pentadbiran dan teknikal.(6M)

- Siasat konteks
- Siasat menu makanan
- Dapatkan maklumat mengenai pesakit
- Menemuduga pesakit.
- Mengasingkan yang sakit dan tak sakit.
- Mengenalpasti jenis makanan
- Mengambil sample makanan.
- Rectal swab
- Ambil contoh air

b. Senaraikan jenis sample atau spesimen yang perlu diperolehi.(2M)

- swab permukaan
- swab najis
- sample muntah
- sample makanan
- swab pengendali makanan

c. Terangkan bagaimana prosedur mengambil salah satu specimen dan cara menghantarnya ke makmal untuk dianalisa.(6M)

- swab dubur
sediakan lokasi,pakai PPE, panggil pesakit, suruh baring mengiring ke kiri,angkat kaki kanan sedikit,bengkokkan lutut,tgn kanan memegang lidi rectal,tgn kiri pegang botol bekas berisi APW, masukkan lidi rectal kedalam dubur pesakit,masukkan sejauh 1 ½ inci kedalam dan putar ikut arah jam,dan keluarkan melawan arah jam.masukkan dlam apw,kemudian tutup dan labelkan.

Masukkan dalam box pastikan suhu 4-8 *C.

Isikan boring untuk menghantar sample.

d. Terangkan tindakan yang akan diambil sekiranya keputusan analisis ke atas spesimen dari pengendali makanan kantin kilang tersebut,didapati positif dengan Exo-enterotoxins kuman Staphylococus aureus.(6M)

- kawalan setempat melalui semburan Lysol
- pemusnahan tempat-tempat pembiakkan LILATI


Soalan 2

Jururawat di daerah tempat anda bertugas memaklumkan bahawa seorang pesakit , Ahmad Tarmizi,berumur 16 tahun,sedang dirawat kerana menghidap demam yang kuat, sakit kepala, suhu badan tinggi, bintik merah pada abdomen dan sembelit.Keputusan spesiman darahnya positif Salmonella typhi.

a. Berdasarkan keputusan makmal diatas, nyatakan jenis penyakit tersebut.(1M)

- demam kepialu


b. Terangkan langkah yang perlu anda lakukan selepas menerima laporan ini.(9M)

- menerima notifikasi dr hospital
- mendaftar dalam buku rekod
- berbincang dgn PPKP U36
- membuka bilik gerakan wabak
- persiapan peralatan
- menubuhkan pasukan yg terdiri drpd pasukan siasatan,kawalan dan perubatan
- menemuduga pesakit dan kontek
- ambil sejarah makan dan pergerakan pesakit
- membuat kawalan kebersihan
- pendidikan kesihatan
- sediakan laporan awal dan hantar ke JKN
- laporan harian,mingguan,suku tahun lengkapkan
- rekod dan failkan laporan

c. Tiga hari kemudian, Ahmad tarmizi meninggal dunia di hospital kerana penyakit berkenaan...Terangkan bagaimana anda menguruskan jenazah tersebut. (10 M)

KESIHATAN PERSEKITARAN DAN TEKNOLOGI BANGUNAN

KESIHATAN PERSEKITARAN DAN TEKNOLOGI BANGUNAN



Contoh Soalan TAHUN 2004

Soalan 1

Anda sebagai seorang PPKP yang menjaga unit BAKAS. Peg. Kesihatan Daerah telah mengarahkan anda merekabentuk sebuah stor BAKAS.

a. Bincangkan ciri-ciri keselamatan dan kesihatan yang anda hendak beri perhatian dalam merekabentuk setor tesebut.(5M)

- pencahayaan
- pengudaraan
- luas mencukupi
- bahan binaan
- pelan kecemasan
- pintu keluar/laluan yang sesuai

b. Cadangkan amalan-amalan atau prosedur mengenai kekemasan yang baik untuk setor bila digunakan nanti.(5M)

- susunan peralatan
- simpan barang mengikut saiz yang bersesuaian stor
- membersihkan stor
- adakan seorang petugas khas
- mencatitkan peralatan yang digunakan
- keluar/masuk barangan


Soalan 2

Sebuah syarikat perumahan telah mengemukakan satu set pelan bangunan kediaman dengan permohonan membina 100 unit rumah kos rendah di suatu kawasan penempatan baru.sebagai PPKP di unit Kesihatan Am,

a. Huraikan impak dari aspek sosiologi,budaya,dan ekonomi keatas pembinaan perumahan tersebut.(5M)

1. KESESAKAN

- rumah sempit / sesak
- ruang terhad
- persekitaran rumah sesak
- bil. penghuni ramai
       - contoh : setinggan, flat dll.
- kesan : perebakan penyakit berjangkit, kesesakan, stress dll.


2. BEKALAN AIR DAN SISTEM PEMBUANGAN NAJIS / SISA PEPEJAL TIDAK SEMPURNA

- bekalan air tidak selamat / tercemar
- sistem pembuangan najis tidak sempurna
- sistem perlimbahan tidak sempurna
- pembuangan sampah tidak sempurna
       - contoh : setinggan

- kesan : perebakan penyakit berjangkit, pembiakan vektor dan rodensia, kacau ganggu,estetika dll.


3. STRUKTUR RUMAH TIDAK SEMPURNA

- struktur asas
- lantai, dinding dan bumbung
- kemudahan asas tidak mencukupi
- kesan : kecederaan, kemalangan, kebakaran, dll

4. PENGUDARAAN TIDAK SEMPURNA

- rekabentuk yang tidak sempurna
- bahan binaan dinding dan bumbung
- pengudaraan mekanikal tiada / tidak mencukupi
- kesan : tidak selesa, stress, perebakan penyakit berjangkit, kesesakan.

5. TEKANAN ( STRESS )

- punca-punca :
   * kesesakan
   * ekonomi
   * sosial, dll
- kesan : gangguan emosi, fizikal, peningkatan jenayah dll.


b. Huraikan prinsip-prinsip rumah sihat yang perlu dipatuhi oleh pemaju bagi memastikan rumah tersebut sihat dan selamat untuk didiami.(5M)


1. PERLINDUNGAN DARIPADA AGEN DAN VEKTOR PENYAKIT BERJANGKIT

Þ Bekalan air selamat
Þ Sistem pembentungan yang sempurna
Þ Pelupusan sisa pepejal dan air limbah

2. PERLINDUNGAN DARIPADA KECEDERAAN DAN PENYAKIT KRONIK

Þ Struktur rumah dan susunatur perabut
Þ Kawasan persekitaran rumah
Þ Penggunaan bahan-bahan kimia

3. KESIHATAN MENTAL

Þ Kecukupan keperluan rumah
Þ Status sosial
Þ Keadaan persekitaran

Punca-punca stress :  Ekonomi, privacy, kesesakan, keganasan, keselamatan fizikal dan harta benda,

4. PERSEKITARAN

Þ Lokasi rumah :
   - Bebas dari jenayah, pencemaran, hazad, kesesakan jalanraya, masalah sosial, dll.

Þ Kemudahan / Perkhidmatan asas :
  - Pendidikan, Peluang pekerjaan, Kemudahan sosial dan komersial, keselamatan diri dan harta benda,  
    kumpulan kemasyarakatan, dll

5. HAL-HAL KEPENGGUNAAN

Þ Kualiti pembinaan / bahan binaan rumah :  -  mengikut spesifikasi yang ditetapkan, dll.
Þ Kemudahan / Perkhidmatan asas :            -  kawasan rekreasi, tempat ibadat, persekitaran yang bersih  
                                                                      dan selamat, perkhidmatan perbandaran, dll

6. PENDUDUK BERISIKO

Þ Warga tua / kanak-kanak :    - bebas dari kesesakan lalulintas, persekitaran yang sihat dan selamat, dll.

Þ Wanita hamil :                       - persekitaran yang sihat dan selamat, dll.

Þ Orang kurang upaya :           - penyediaan kemudahan asas yang mencukupi



TAHUN 2005

Soalan 1

Salah satu aktiviti dalam sistem pengurusan sisa pepejal ialah pengutipan sampah sarap dari rumah kediaman ,pasar,pasaraya,dan lain-lain tempat.

a. Terangkan hazad-hazad yang mungkin boleh berlaku dari segi pengendalian secara manual semasa menjalankan aktiviti tersebut.(5M)

- hazad kimia : bahan alkali asid,pelarut organic,wap,gas beracun

- hazad fizikal : kebisingan,suhu panas,getaran,tekanan berlebihan.

- Hazad biologi : bacteria,virus,serangga,hama

- Hazad ergonomic : tugas berat yang menggunakan tangan ,keadaan badan yang bengkok,tugas yang memerlukan pergerakan berulang

- Hazad psikososial : tekanan kerja ,beban kerja berlebihan,tiada sokongan rakan sekerja,tiada kepelbagaian kerja.



b. Terangkan ciri alat perlindungan diri yang perlu digunakan oleh pekerja berkenaan. (5M)

- Perlindungan mata : cermin mata keselamatan yang mudah dibawa,kanta tidak bercalar dan bersih jenis plastic.
- Perlindungan kaki : kasut keselamatan diperlukan,kasut steeltoe
- Perlindungan tangan : sarung tangan tahan bahan kimia untuk melindungi daripada kesan bahan kimia.
- Perlindungan pendengaran : Ear Plug bergetah berwayar@tanpa wayar
- Perlindungan pernafasan : Guna Dist/Mist respirator



TAHUN 2006

Soalan 1

Satu wabak denggi telah berlaku di Kg Bahagia dalam kawasan operasi anda dimana aktiviti pengawalan pengasapan perlu dijalankan. Sebagai penyelia PPKP dalam operasi ini,anda bertanggungjawab untuk memastikan pekerja menjalankan pengasapan ini dengan selamat.

a. Sediakan carta aliran yang menunjukkan langkah proses pengasapan.(5M)

Sediakan peralatan dan anggota >> kenderaan >> pengumuman >> memakai PPE >> membuat bancuhan >> mulakan semburan >> bersihkan peralatan >> simpan dalam stor >> bersihkan diri.


b. Terangkan hazad yang mungkin berlaku semasa proses pengasapan dijalankan.(5M)

- semasa membuat bancuhan :        tak pakai PPE ,boleh terhidu bahan beracun
- memakai pakaian keselamatan :   mengendalikan peralatan
- bunyi bising :                               tidak memakai PPE
- haba daripada mesin fogging :      kepanasan peralatan.
- Mata pedih,gatal2 :                     tidak memakai gogel.
- Melecur :                                    mesin fogging terbakar
- Berlaku kebakaran dalam rumah : api terkeluar dr mesin fogging…